Monday, December 23, 2013

14 Tips mengawal nafsu makan

catatan 秋 ツ Jam 10:46 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Semua individu yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan (gemuk) bercita-cita untuk menurunkan berat badan. namun, cita-cita hanya menjadi angan-angan yg tidak mampu dicapai hingga menjadi kecewa atau menganggap diri sudah gagal. 
Faktor persekitaran dan jati diri mempengaruhi usaha ke arah mencapai cita-cita murni tersebut. kesan yang positif seperti ketrampilan diri yang lebih menarik dan kesihatan yang baik amat di harapkan.
Susah mengawal nafsu makan adalah masalah utama yang dihadapi. namun, dengan kaedah dan cara yang betul, ia pasti dapat diatasi. so, jangan sedih ya! boleh berjinak2 dengan ikuti tips dibawah :
  1. Waktu makan yang tepat dan tetap bagi 3 masa makan utama iaitu pagi, tengah hari dan malam dengan mengelakkan pengambilan snek. makan malam yang diambil mestilah sebelum pukul 8.00 malam. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai waktu makan yang sesuai, boleh klik sini atau disini
  2. Masa tidur malam yang teratur dan betul kerana jika tidur lewat malam, perut akan berasa lapar semula. 
  3. Mengamalkan pengambilan sayur dan buah setiap kali makan agar perut berasa kenyang, bukan disebabkan pengambilan nasi semata-mata.
  4. Menggantikan snek atau kerepek dengan buah-buahan sebagai snek jika perut lapar.
  5. Mengamalkan pengambilan air kosong melebihi 6-8 gelas sehari untuk mengawal selera makan berlebihan.
  6. Mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang manis.
  7. Makan secara perlahan atau lebihkan kunyahan berbanding makan dengan cepat.
  8. Jangan mengamalkan makan sambil menonton televisyen atau melakukan aktiviti lain kerana ia akan menyebabkan kuantiti makanan yang diambil tidak terkawal. tak percaya? boleh rujuk entri ni
  9. Mengawal diri daripada mengambil makanan yang berlebihan semasa majlis keraian.
  10. Mengelakkan diri daripada membeli stok makanan yang berlebihan untuk disimpan di dalam peti sejuk.
  11. Mengurangkan penganjuran atau hadiah yang menawarkan makanan sebagai imbuhan.
  12. Amalkan memberus gigi selepas makan agar mulut berasa bersih.
  13. Mengurangkan aktiviti bersosial di restoran atau kedai-kedai makan.
  14. Menghadkan pengambilan makanan segera kepada 1 kali sebulan.
Oleh itu, selamat mencuba ! :)

Sumber : Buletin pemakanan, Edisi 1. Kementerian Kesihatan Malaysia

Wednesday, November 27, 2013

Wordless Wednesday #3

catatan 秋 ツ Jam 7:54 AM

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.


Thursday, November 21, 2013

Menilai Berat Anda

catatan 秋 ツ Jam 4:48 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Entri sebelum ni, kita dah berkenalan dengan Piramid Makanan Malaysia. jadi, ini kali kita main kira-kira pulak. rasanya semorang dah expert bab kira-kira BMI (Body Mass Index) / Indeks Jisim Tubuh ni kann? eh ada yang tak mahir lagi? tak tahu BMI tu ape? takpetakpe jangan gundah gulana. anda berasa di saluran yang betul :)


sekiranya anda tiba2 menyedari akan perubahan diri anda terutamanya perihal berpakaian, ini adalah petanda bahawa anda cakna akan perubahan badan anda. ataupun mungkin apabila berjumpa dengan pakar kesihatan, mereka memberitahu bahawa anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi dan berat badan berlebihan juga boleh menjadi faktor penyumbang. jadi, langkah pertama adalah dengan mengetahui sama ada berat badan terkini anda sihat ke tak.

Bagaimana saya tahu jika saya berada di berat badan yg sihat?

1) Adult Body Mass Index / BMI 

Satu cara bagi menentukan sama ada berat badan anda sihat ke tak ialah dengan mengira Index Jisim Tubuh / BMI. bagi kebanyakan orang, BMI adalah petunjuk kegemukan badan. agak kasar yer istilah di situ. hehe. jadi, ayuh masukkan data yang berkenaan, lepastu klik calculate. nanti akan keluar box yg akan bagitahu anda berapa BMI anda. sonang je! kalau rajin sikit, nah boleh kira manual guna formula ni :

BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

Mengira BMI anda


"underweight", "normal", "overweight" dan "obese" tu semua adalah label untuk julat berat badan. Obese dan overweight menggambarkan julat berat badan yang lebih besar daripada apa yang dianggap sihat untuk ketinggian yang diberikan. untuk underweight pulak, menggambarkan berat badan yang lebih rendah daripada apa yang dianggap sihat. dalam bahasa mudahnya, berat badan tu tak sesuai dengan ketinggian yg dimiliki. kalau normal, Alhamdulillah. Tahniah! anda cuma kena mantain berat badan tu dengan mempraktikkan cara makan yang betul dan sihat. akan tetapi, obesiti dan berat badan berlebihan meningkatkan kemungkinan penyakit-penyakit tertentu dan masalah kesihatan yang lain. 

2) Waist Circumference / lilitan piggang

Lilitan pinggang anda mungkin akan memberitahu anda bahawa anda mempunyai risiko yang tinggi untuk masalah yang berkaitan dengan obesiti jika anda: 

Lemak di bahagian abdomen yang berlebihan adalah serius kerana ia meletakkan anda pada risiko yang lebih tinggi untuk masalah berkaitan dengan obesiti seperti diabetes jenis 2, kolesterol darah tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi, dan penyakit arteri koronari. Individu yang mempunyai lemak di bahagian abdomen yang berlebihan harus berunding dengan doktor mereka atau health care providers bagi membina satu pelan untuk mengurangkan berat badan. 

Bagaimana Untuk Mengukur Saiz pinggang anda

Klik di atas gambar untuk tumbesaran yg lebih baik

Nota: Maklumat di laman-laman ini adalah bertujuan untuk lelaki dewasa dan wanita yang tidak hamil sahaja.

Ok, selamat mencuba. sekianggg ;)

Sumber : CDC (Centers for Disease Control and Prevention)

Wednesday, November 13, 2013

Wordless Wednesday #2

catatan 秋 ツ Jam 6:59 PM

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Saturday, November 9, 2013

Piramid Makanan Malaysia

catatan 秋 ツ Jam 9:12 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum wbt.
tak lengkap rasanya menjadi seorang pelajar jurusan Pemakanan dan Dietetik kalau tak cakap pasal piramid makanan. jadi, ayuhlah semua rakyat Malaysia yang berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha demi mencapai cita-cita berikut. oke takde kaitan -_-
mungkin ada yang tertanye, kenape mesti kena tahu piramid makanan ni? penting ke? kalau taknak tahu takboleh ke? baiklah, untuk golongan macamni, mari sini kakak nak sekolahkan. hehe. dah sedia?
Pengenalan
Piramid Makanan Malaysia adalah panduan mudah bagi individu untuk mengubah pengambilan makanan mereka mengikut jumlah makanan yang disyorkan. diet yang seimbang mengandungi gabungan makanan yang menyediakan semua nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Tiada makanan tunggal yang akan memberikan kita semua nutrient yang diperlukan. badan memerlukan pelbagai jenis makanan dalam jumlah yang berbeza bagi mendapatkan dan mengekalkan kesihatan yang baik. 
sebuah piramid makanan terdiri daripada 4 peringkat yang mewakili 5 kumpulan makanan. untuk keterangan lanjut, teruskan pembacaan anda di bawah. 
sila klik di atas gambar untuk tumbesaran yang lebih baik


Ditunjukkan di sebelah setiap kumpulan makanan adalah bilangan hidangan yang disyorkan setiap hari bagi setiap kumpulan. dari bahagian bawah ke bahagian atas piramid makanan, saiz setiap kumpulan makanan menjadi lebih kecik. ini menunjukkan bahawa seseorang individu itu perlu mengambil lebih banyak makanan di dasar piramid dan mengurangkan pengambilan makanan di bahagian atas piramid. 

Kumpulan makanan dan aras
Aras 4
  • Terletak di puncak / atas piramid menunjukkan makanan ini perlu diambil dalam jumlah yang kecil sahaja.
  • Pengambilan lemak, minyak, gula dan garam yang berlebihan boleh menyumbang kepada risiko penyakit kronik seperti obesiti (berat badan berlebihan), kencing manis, cardiovascular disease (CVD) / penyakit kardio (jantung) vaskular (pembuluh darah), darah tinggi dan kanser. 
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, minyak, gula dan garam serta mengurangkan penggunaannya dalam penyediaan makanan. 
Aras 3 (kiri)
  • Tinggi dengan protein, kaya dengan kalsium dan pelbagai mineral dan vitamin (vitamin A, riboflavin, vitamin B12 dan zink. 
  • Susu membina tulang dan gigi yang kuat dan memaksimumkan kekuatan tulang dari usia awal. ini boleh membantu mencegah osteoporosis (penyakit di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah) di kemudian hari.
  • Susu dan produk tenusu perlu di ambil setiap hari pada semua peringkat umur. 
  • Ambil 1-2 hidangan sehari.
  • Contoh satu hidangan tenusu ialah :
  • 1 gelas susu (250 ml)
  • 1 keping keju
  • 1 cawan yogurt
  • 4 sudu pencuci mulut (dessert spoon) susu tepung, membumbung
Aras 3 (kanan)
  • Sumber protein yang baik. kaya dengan vitamin B, zat besi, folat dan zink. secara umumnya, kekacang kenali sebagai makanan berkanji yang merupakan sumber terbaik serat pemakanan (dietary fibre). kekacang juga rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol berbanding daging dan ayam. adalah di sarankan supaya mengambil kekacang setiap hari. 
  • Pilih lebih banyak ikan, jika boleh setiap hari. 
  • Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol, contohnya membuang kulit ayam sebelum memasak atau pilih daging tanpa lemak. 
  • Hidangan harian yang disyorkan ialah :
  • 1/2 - 2 hidangan ayam, daging, telur
  • 1 hidangan ikan
  • 1/2 - 1 hidangan kekacang
  • Contoh satu hidangan ikan, ayam, daging dan telur :
  • 1 ekor ikan kembung (saiz sederhana)
  • 2 keping ikan tenggiri 
  • 1 ketul peha ayam (saiz sederhana)
  • 2/3 cawan ikan bilis tanpa kepala
  • 2 biji telur (keseluruhan)
  • Contoh satu hidangan kekacang :
  • 1 cawan kacang kuda / dal
  • 1 1/2 cawan kacang panggang dalam tin
  • 2 keping tempe / tauku / tauhu
  • 1 1/2 gelas susu kacang soya (tanpa gula)
Aras 2
  • Sumber serat yang baik, vitamin, mineral dan fitokimia (phytochemical) yang membantu menguatkan imuniti. 
  • Makanlah banyak dan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Bermanfaat dalam kesihatan terutamanya dalam mencegah beberapa penyakit kronik seperti kencing manis jenis 2 (Type 2 Diabetes Mellitus), penyakit jantung dan kanser tertentu. 
  • Sayur-sayuran adalah seperti sayur-sayuran berdaun hijau segar, termasuklah fruit vegetables, been vegetables, sayur-sayuran berwarna, ulam, sayur-sayuran dalam tin dan beku. 
  • Pilih buah-buahan segar. Namun, jus buah adalah tidak sama dengan hidangan buah dan tidak lebih daripada 1 hidangan. 
  • Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran dan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan setiap hari.
  • Contoh 1 hidangan sayur-sayuran :
  • 1/2 cawan sayur-sayuran hijau berdaun, dimasak
  • 1/2 cawan fruit vegetables, dimasak
  • 1 cawan ulam, mentah
  • Contoh 1 hidangan buah-buahan :
  • 1 biji epal /  pear / oren / mangga
  • 1 potong betik / tembikai / nanas
  • 1/2 biji jambu
  • 2 biji pisang emas (saiz kecil)
  • 1 biji pisang berangan (saiz sederhana)
  • 8 biji anggur (kecil)
Aras 1
  • Sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga (50 - 55% daripada jumlah tenaga harian)
  • Satu sumber yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat
  • Serat memberikan banyak kesan yang baik seperti pergerakan usus yang tetap, kesihatan usus yang baik, mengurangkan kolesterol dan glukosa darah (blood glucose).
  • Pilih produk bijirin daripada gandum seperti roti mil penuh (wholemeal bread), beras perang (brown rice), oat dan barli. gandum mengandungi lebih serat. 
  • Makan 4-8 hidangan sehari.
  • Contoh 1 hidangan bijirin :
  • 1 cawan (2 senduk) nasi
  • 1 cawan mee kuning
  • 1 1/2 cawan bihun dan laksa (direndam)
  • 1 cawan bijirin sarapan
  • 6 keping biskut (biskut krim)
  • 1/2 keping capati
  • 2 keping roti
  • 2 cawan bubur nasi kosong
  • 2 biji kentang (keseluruhan)
Fuhhhh penat jejari kakak menaip neh. dah jelas ke belum? jadi besar harapan agar semua dapat la kefahaman sedikit sebanyak berkenaan Piramid Makanan Malaysia ni. kalau ada kuiz kesihatan ke boleh la jawab soalan berkaitan dengan jayanya. untung2 dapat hadiah. yeayy :')

ok, sekianggg

Sumber : Ministry of Health (2010). Malaysian Dietary Guidelines.  

Thursday, November 7, 2013

Gangguan ketika makan boleh menambahkan 'inci' di pinggang anda!

catatan 秋 ツ Jam 11:20 AM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum wbt. 
Di era globalisasi laa nii kan, kalau sebelum nak makan tu, perkara wajib yg di buat dulu ape? capai sudu garfu? ehh takk. jaman dulu2 tu mungkin ye. tapi trend sekarang ni, sebelum makan tu, harusla bergambo kenangan menu tu dulu. pastu up kat fesbuk insta twiderr wasap dan memacam lagi lah. terliur member2 nengok. ye dok? :p

satu hal yg kita semua kene tau, melayan telefun semasa makan atau tengok tv semasa makan adalah perbuatan yg mengganggu makan yg mana kita tak fokes dah dengan ape yg dimakan tu. jadi nye, sedar tak sedar eh dah terlebih makan! mane tak nye, dah tengah2 mesej memangla nak fokes kat mesej. nanti kang tertypo yg bukan2 naye pulak. contohnye nak taip saya tahu tapi jadi saya tahi. T_T

kita selalu fikir kalau berat badan yang berlebihan tu mesti sebab kurang bersenam. sebaliknya gaya hidup kita sendiri yg menjurus kepada masalah iaitu gangguan ketika makan. aktiviti makan sambil melakukan sesuatu yang lain membawa kepada kesukaran mengingati apa yang telah di makan dan rasa tak kenyang yg kemudiannya boleh menjadikan seseorang itu terlebih makan pastu terbitlah isu-isu 'pinggang ketat', 'perut buncit' dan sebagainya. 

contoh, ada banyak kerja nak kena buat. memang kita rasa kita boleh nak setel semua sekaligus tetapi kita pasti tak dapat nak fokes sepenuhnya sesuatu kerja tu dengan baik dan cemerlang. oleh itu, lakukanlah sesuatu perkara itu dengan penuh perasaan. walaupun nasihat ni tak bunyi macam nasihat pemakanan sangat, tapi ia adalah penting. jangan ingat memandu je kena berhati-hati, makan pun kena hati-hati jugak. jadi, mungkin boleh cuba amalkan tabiat berikut :

  1. Jangan buat apa-apa selain dari makan ketika waktu makan. ketepikan semua barang2 elektronik tu dulu. makan perlahan-lahan dan nikmati setiap gigitan. slow and steady je. jangan gopoh. sebab kalau fikiran kita terganggu dengan macam2 hal, kita boleh cenderung untuk makan lebih. 
  2. Hormatilah orang sekeliling yang makan bersama kita. sebab perbuatan kita yang tak fokes masa tengah makan tu boleh membuatkan orang lain rasa terganggu. nak makan, makan la dulu. melainkan kalau ada hal yg tersangat penting. 
  3. Hargai dan nikmatilah makanan ketika waktu makan. jangan biarkan hal-hal lain mengganggu anda. dari itu, kita akan rasa makanan tu lebih istimewa sekaligus dapat menikmati makanan yg kita makan. jadi kita pun akan rasa puas hati dan soal terlebih makan tu secara tak sengaja boleh di elakkan. 
untuk permulaan, pilihlah mana-mana satu dulu daripada di atas. memang agak payah tapi nanti dah terbiasa ok je. bila dah konsisten dengan satu tabiat tu, boleh praktis tabiat yang lain pulak. peringatan untuk diri sendiri juga. 

ok, sekianggg. terima kasih sudi baca ! :)

Credit sumber :
Malaysian Dietitians' Association

Wednesday, November 6, 2013

Wordless Wednesday #1

catatan 秋 ツ Jam 11:32 PM

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description. 

Friday, October 25, 2013

Fakta tentang madu asli

catatan 秋 ツ Jam 8:00 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum wbt.
Pagi itu hari sebelum berkejar ke kelas, terasa nak makan madu (stok madu ada satu botol tersimpan dalam gobok entah berapa lama, rasa macam dah bertahun). pastu tetiba diri sendiri terpacul soalan 'eh madu ni takde expired date ke?'. maka terjadilah entri kali ni pasal madu. habis mukoddimah :D

Sebelum bebel panjang, kenal la dulu madu tu ape kan. ok, madu ni terhasil daripada titik peluh si lebah. bukan lebah tu berpeluh then peluh lebah tu ialah madu, no no. maksudnye di sini makhluk yg super rajin ni kumpul sari-sari bunga, pastu masuk dalam badan dorang, proses2, taraa jadi la madu. haa gitu. *gaya macam mengajar budak darjah satu je. -..-
"Dari perut Lebah itu keluarlah minuman (Madu) yang macam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan." (Q.S. An Nahl 69).
Antara fakta pasal madu asli :
  1. Biasa kita tahu, semut tegar menggemari benda yg manis2 kan. tapi tidak pada madu. eceli semut bukan tak makan madu tapi disebabkan madu tu bersifat panas, semut boleh jadi arwah kecuali kalau semut tu dapat minum air cepat2. bila dah macamtu memang semut tak gi dekat la dengan madu. 
  2. Madu tak akan basi selama-lamanya dalam erti kata lain, takde expired date la yer. 
  3. Manis madu tu campur rasa masam2 sikit dan bila kita telan tu kan, ada rasa berkuap / pressure + 'panas sikit' bila madu tu lalu kat kerongkong.
  4. Jenis madu ni, ada yg pekat dan kurang pekat tapi takde madu yang cair macam air. 
  5. Madu ni pulak bila dah simpan lelama, kemungkinan akan terbentuk sikit lapisan sediment, kire mineral dan ash yg ada dalam madu tu la. 
  6. Buih madu tidak putih tetapi kekuningan [kalau putih tu gula].
  7. Benda terapung tu biasanya lilin dari sarang lebah. 
  8. Madu tidak menyerap kertas. Kalau sapu kat rokok, rokok masih menyala kerana tembakaunya kering. 
  9. Bukan senang nak ambil madu ni yer abangkakak. nak-nak kalau madu lebah liar / hutan. jadi tak heran la kalau dijual 1kg RM 200 sebotol pun orang sanggup beli kalau nak dibandingkan dengan khasiatnya. 
  10. Madu yg selalu kite tengok dijual memana tu biasanya madu daripada lebah yg di bela / ternak. lebah tu dikasi makan air gula tapi bila dorang dah puas tu, ade je la dorang ni pegi sedut madu daripada bebunga. jadi kira boleh lah kan. 
  11. Madu Asli banyak kebaikan dia untuk kesihatan badan. berguna untuk yg ada penyakit kulit, kudis, sakit mata. nak makan dengan telur pun boleh. telur tu masak, campur madu pastu makan gitu je dan banyak lagilah khasiatnya.

maka, tulah dia sedikit sebanyak info pasal madu. menjawab la persoalan yg muncul di benak ni haa. tapikan, Ustaz Azhar Idrus cakap,

Cara mudah nak kenal pasti 'MADU ASLI' ialah bila ia dibawa balik, isteri kita marah.

hee gurau saja. btw, entri lepas ada tulis pasal Fat Flush Water, bubuh madu jugak dalam tu. boleh la try !
ok, sekianggg ;)
Credit sumber :

Tuesday, October 15, 2013

10 Dzulhijjah | Selamat Hari Raya Aidiladha

catatan 秋 ツ Jam 2:42 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum wbt. 
Alhamdulillah. Allah masih panjangkan usia kita, masih diberi peluang untuk bernafas dan beribadah kepadaNya. sejarah semalam memberi pengajaran yang sangat bermakna kepada kita. jadi marilah sama-sama kita menghayati sekaligus mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yg telah diuji dengan perintah Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail namun berkat kesabaran dan keyakinan terhadap Allah, domba kibas telah dikorbankan sebagai ganti. Allahuakbar.

From here
Maafla, bakat bercerite takberapa nak ade, tapi secara ringkasnye macam gitu lah kisahnye. wallahualam. terdetik jugak, kalau kite sendiri yg diuji sebesar itu, mampukah kite? subhanaAllah. dugaan Allah nak beri boleh datang dari bermacam2 sumber dan sebab. point dekat sini ialah, ape jua dugaan yg kite terima sepanjang kite hidup ni, kite hendaklah yakin dan sentiasa bersyukur kerana itu merupakan salah satu cara Allah nak tegur kite, salah satu cara Allah nak tarik diri kita kembali dekat kepadaNya, Allah nak didik kita bersabar malah nak beri kite pahala daripada pengorbanan kita dalam menghadapi ujian tu. MasyaAllah. sweetkan Dia? ^_^


Tengok gambar ni, teringat plak dekat puisi (err eceli taksure nak kategorikan ape, cerpen/pantun/gurindam ke ape ntah?) yg pernah di karang zaman awal2 berbelog dedulu. nak baca? ni dia. kisah Cerita tak kesampaian. sedih bak hangg :p

oh ye, semalam ade la tanye member, sepupu sepapat ape juadah hari raye ni. ada yg buat nasi minyak, nasi kunyit, nasi dagang, ketupat, sambal. ermmm sedapnye~! tapi ni menu kami ini hari. 


Mee jowo in the house !

ok sekianggg ;) 

Saturday, October 12, 2013

Jom kurus secara sihat - bersenam dan ambil minuman pembuangan lemak!

catatan 秋 ツ Jam 11:07 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum wbt.

Hai hello ni hao sawadikaab! waaa dah lame tinggal kan belog ni, rase cam mengigau je tetibe update. tapi bertujuan sebenarnya. DOUGHN4D, ayuh berblog demi Food Anthropology. yeayy~! ;)

Al-kisah, rase terpanggil pulak nak share sesuatu kat sini. Minuman pembuangan lemak atau Fat flush water ni bukanlah benda baru pun. malah mungkin dah ramai antara kita yang menjadikan minuman ni sebagai amalkan diet seharian. tapi takpe. sebab ilolls baru je terbace satu artikel daripada surat khabar itu hari. jadi marilah sesame berkongsi ilmu. hee

sumber : google 

Secara ringkasnya, minuman ni glemer selepas Kim Lyons (pelatih selebriti) memperkenalkan minuman ni dalam program The Biggest Looser. jadi ramai la ghetis Hollywood amalkan minuman ni dalam usaha untuk menurunkan berat badan dorang.

Teruja nak try? lek luu. kena tahu khasiat yg terkandung dalam minuman ni dulu. sabo sabor. hehe. antara kebaikan minuman pembuangan lemak ni adalah :-

  • Buah oren, limau nipis, lemon dan limau gedang - kaya dengan Vitamin C - mengubah lemak kepada tenaga
  • Timun - membuatkan kita rasa kenyang dan boleh mengurangkan pengambilan makanan. 
  • Daun pudina - membantu melancarkan penghadaman
  • Limau gedang - mengandungi antioksidan flavonoid yg meningkatkan lagi sensitiviti insulin

Menurut Mohamed Azlan Zain Mohamed (pelatih kecergasan TRX dan kettlebell), minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun secara toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh. 

Jadi macamane amalan minuman ni boleh turunkan berat badan? haa kate Azlan lagi, 
“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan - khususnya pada bahagian hati - tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan". 
Bahan-bahannya :
1 Limau gedang (potong nipis)
1 Limau nipis (potong nipis)
1 Lemon (potong nipis)
1 Oren (potong nipis)
1 Timun (potong nipis)
1/2 sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yg terlalu masam)
Ais
Air kosong
Botol minuman bersaiz sederhana

1) SEDIAKAN bahan.

2) HIRIS nipis semua buah-buahan. susunkan ke dalam botol. 

3) CAMPURKAN setengah sudu kecil madu. 

4) PENUHKAN bahagian atas botol dengan ais. 

5) TAMBAHKAN air kosong dan isikan botol hingga hampir penuh. 

6) SIMPAN seketika dalam peti sejuk antara satu hingga dua jam. sedia dinikmati. 

iolls dah try dah. sedapp~!! anda mesti cuba. walaubagaimanapun, senaman secara konsisten adalah cara yang paling baik untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak disamping pemakanan dan diet yang seimbang. ingat tu! 

sekiangg ;)

Credit gambar dan artikel daripada : Harian Metro - 30/09/2013

Tuesday, April 23, 2013

HS227 - Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik (Kepujian) & Nutrition and Dietetics Students' Association (NADA)

catatan 秋 ツ Jam 1:26 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. berupdate juga blog ni setelah sekian lama. hehe. baiklah, kali ni nak berkongsi dengan anda semua mengenai kos HS227 - Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik (Kepujian) di UiTM Kampus Puncak Alam. bagi mereka yang belum, mahu, ingin atau sudah mengenali namun masih mahu berkenalan rapat dengan kos ini, anda telah berada di saluran yang betul. yeay! :D

kos Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik (Kepujian) ini berlangsung selama 4 tahun bersamaan 8 semester. Nutrition and Dietetics Students' Association (NADA) merupakan Persatuan pelajar Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik di sini. 
Nutrition And Dietetics Student's Association (NADA) is one of the society in Faculty of Health Science, UiTM Puncak Alam. It is established on 2008, and also known as the youngest society in the faculty. This students' association done many activities that give benefits to the members, other society, locals community and looking forward to penetrate international communities.


masih blur? tak mengapa. tarik nafas panjangpanjang dan teruskan scroll kerana di bawah tertera link2 yang boleh membantu adik-adik  lepasan SPM / STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kos Dietetik ni. ^^,
The Bachelor of Nutrition & Dietetics (Hons) program aims to produce graduates who:
  1. Synthesize and apply principles of nutrition and dietetics to provide quality nutrition and dietetic services to the related organizations in the public and private sectors, locally and globally. 
  2. Lead and engage in teams in problem solving tasks across disciplines through effective communication.
  3. Continue to advance their knowledge and abilities through research and ICT.
  4. Practice professional and ethical values in providing nutrition and dietetic services to individuals and community.
  5. Can explore business opportunities and lead in health and food-related industries locally and globally. 
Bachelor of Nutrition & Dietetics (Hons) Program Outcomes
At the end of the program, graduates should be able to:

  1. Acquire and apply knowledge of food, nutrition, clinical and social sciences in nutrition care process.
  2. Apply the theories and methodologies of nutritional status assessment and surveillance at group, community and/or population levels.
  3. Apply principles of evidence-based practices in providing dietetic counselling and therapeutic diets of clients. 
  4. Apply the scientific reasoning in solving nutrition and dietetic problems.
  5. Deliberate scientific ideas and investigation verbally and in written form.
  6. Effectively engage in a multidisciplinary team locally and globally.
  7. Apply values, ethics, morality and professionalism in their scientific pursuit.
  8. Manage information and engage in lifelong learning. 
  9. Demonstrate entrepreneurial and leadership skills.
  10. Apply values, ethics, morality and professionalism in their scientific pursuit.
  11. Manage information and engage in lifelong learning. 
  12. Demonstrate entrepreneurial and leadership skills.
  • info mengenai subjek2 yg anda akan dipelajari bermula daripada semester 1 hingga 8. 
  • info berkaitan dietitian, panduan diet Malaysia dan banyak lagi
  • p/s: jom la LIKE reramai ! ;)

  • Info pemakanan, 
  • Tips pemilihan makanan yang baik
  • Resepi sihat 
  • Laporan aktiviti yang telah di anjurkan NADA
  • Carta skuad dan organisasi persatuan NADA
  • BMI calculator
  • Diet Talk (e-counselling)






Last but not least, DOUGHN4D (batch 4th) - ni la batch kiter. yeay! :D

No. of members : 48
Member since : 2011
Batch name : DOUGHN4D (Deputy Of UiTM Generation in Health, Nutrition And Dietetics)


Baiklah. semoga maklumat yang dipaparkan disini sedikit sebanyak membantu adik-adik yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam kos HS227 - Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik (Kepujian) di UiTM Kampus Puncak Alam. pihak kami dengan berbesar hati mengalu-alukan keahlian anda. ayuhlah bersama kami memartabatkan pemakanan rakyat Malaysia. eh? hehee 

Sekian, mohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Wassalam :)

Sunday, March 17, 2013

Waktu makan yang sesuai (Bhg. 2)

catatan 秋 ツ Jam 5:16 PM
Bismillah. 
Assalamualaikum. 

berikut adalah kesinambungan bagi entri yang lalu. err kesinambungan lah sangat kann padahal entri dulu tu bertarikh 21 Januari 2012 kot! -_-"

oh tak mengapa. bagi mereka yang tercari-cari waktu makan yang sesuai mengikut jam, anda berada di laman yang sepatutnya. yeay! :D

Sarapan : 6 pagi - 10.59 pagi
Makan tengahari : 11 pagi - 2.59 petang
Minum petang : 3 - 5.59 petang
Makan malam : 6 petang - 9.59 malam
Makan lewat malam : 10 - 11.59 malam

walaupun entri ni sangat ringkas, harap anda dapat sedikit input daripada pembacaan disini. adalah penting untuk kita semua ambil tahu waktu yang terbaik untuk mengisi perut. seperti dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: 

"Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat"

Jadi, makanlah sekadarnya sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu 'makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.'

Wallahualam :) 
 

belog || Aki Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea