Sunday, September 23, 2012

Awak :]

catatan 秋 ツ Jam 4:57 PM


MAAF!! untuk kali ni, HARAP AWAK FAHAM..

saya tak nak kita jadi macam orang lain yang sedang asyik di lamun cinta. SAYA nak BERKAT ALLAH dalm bercinta, saya nak redha Allah dalam berkasih sayang.

buat masa sekarang, BIARLAH AWAK FIKIR SAYA SOMBONG, taknak layan awak! saya buat begini kerana saya sayang ibu bapa saya, kerana saya sayang agama saya, kerana saya takutkan azab Allah!

cuma kalau satu hari nanti, kalau AWAK RASA SAYA LAYAK JADI IBU KEPADA ANAK² AWAK, dan awak layak untuk jadi imam saya, awak jumpalah wali saya. redha mereka, redha Allah, kalau mereka setuju, saya akan turut bersetuju. kita bercinta lepas nikah. sama² kita mencari keberkatan.

Wednesday, September 19, 2012

Bercinta sampai ke syurga ♥

catatan 秋 ツ Jam 8:47 PM


Lelaki : assalamualaikum bidadariku~setiap hari selepas baca alQuran,sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis..kenapa semalam tak bagi mesej laporan?



Wanita : walaikumsalam...orang merajuk... :(

Lelaki : laa...kenapa ni??

Wanita : semalam abang ponteng tahajjud!! sayang call kejut abang tak jawab.. :'(

Lelaki : astagfirullahal'azim..abang penat + malas semalam...

Wanita : tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2..

Lelaki : hmm..betullah tu..abang mintak maaf.. :'(

Wanita : kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal..bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah..macam mana kita nak jumpa?sayang tak mahu berpisah dengan abang..abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan?

Lelaki : (mengalir air mata)..semoga ALLAH ampunkan abang...malam ni abg tak malas2 lagi..

Friday, August 10, 2012

Malam Rahsia - LAILATULQADAR

catatan 秋 ツ Jam 1:44 PM

LAILATULQADAR adalah malam yang penuh dengan rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi.

Rasulullah s.a.w sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Tanda-tanda malam lailatulqadar :

Imam Hasan al-Basri, berkata antara tanda malam lailatulqadar ialah suasana malamnya tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin. 

Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup.

Kejadian pada malam lailatulqadar :

Dalam Sahih Muslim dinyatakan pada malam lailatulqadar, 70,000 malaikat akan turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. 

Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung. 

Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi terasa dingin dan tenang.

Tindakan :

Bagi yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan teruskan berdoa sepanjang hari. 

Jangan dilupa, ibadah di bulan Ramadan ini bukan hanya untuk kita lakukan berseorangan. Ajak sekali ahli keluarga dan menunaikan solat sunat tarawih, membaca al-Quran, beristighfar dan berzikir.


Aisyah bertanya kepada Rasulullah : “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: “Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbu al-afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku).” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah). 

* Sekadar ringkasan dari Artikel Malam penuh rahsia - myMetro 10/08/2012

Tuesday, August 7, 2012

Ainan Tasneem - Kamu Saja lirik + Official MTV HD

catatan 秋 ツ Jam 1:17 PM




Sayangku bagiku kau mempersona
kau sempurna kau terima aku seadanya
walaupun hidup tak selalunya indah
hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
kamu saja yang mampu membuat diriku gmbira

Tak pernah terlintas di hatiku ini
untuk curangi dan berpaling pada yang lain
namamu saja yang terukir di hati
kau menerangi diriku di kala ku sepi

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
kamu saja yang mampu membuatku slalu ceria
kamu saja yang mampu membuatku jatuh cinta
kamu saja yang mampu membuatku diriku bahagia

Hooo – oo – ooo

Sunday, August 5, 2012

Resepi #1 - Popia keropok

catatan 秋 ツ Jam 4:08 PM

Bahan - bahan : 
  1. Keropok lekor (rebus)
  2. Kulit popia
  3. Bancuhan tepung + air


Cara - cara :
  1. Kulit popia di bentangkan se-selesa mungkin.
  2. Letakkan sebatang keropok lekor di tengah-tengah hamparan kulit popia itu tadi.
  3. Gulungkan separuh. 
  4. kemudian lipat penjuru kulit popia kedalam. 
  5. Sambung menggulung sehingga selesai. 
  6. Sapukan sedikit bancuhan tepung + air (supaya kulit popia tidak tertanggal).

Sebelum digoreng

Selepas digoreng - sedia untuk dinikmati.

*Resepi mudah, ringkas, cepat dan lebih enak bila dimakan bersama sos  :)

Friday, August 3, 2012

Ramadhan

catatan 秋 ツ Jam 11:51 AM
" Ya Allah ya tuhan kami, berkat bulan yang mulia ini, sejahterakanlah kami, ampunilah kami dan terimalah segala amalan kami .. "

Saturday, July 7, 2012

Kesilapan dalam DIET

catatan 秋 ツ Jam 11:00 PM
1.Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.



2. Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda


3.Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.


4.Elak nasi. Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.


5.Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.


6.Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.


7.Elak makanan tempatan. Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.


8.Terlalu fokus kepada satu perkara. Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.


9.Diet jangka masa pendek. Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.


kredit to: Kevin Zahri & sumber
p/s : 'saya' merujuk kepada author asal. bukan penulis :)

Sunday, June 17, 2012

Al-Fatihah dan kelebihannya (perubatan)

catatan 秋 ツ Jam 12:59 PM



1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :


* Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:

* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:

* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)

* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut



Credit : Sumber

For My Future Zauj [yg masih di rahsiakan Allah] ♥

catatan 秋 ツ Jam 12:28 PM



"Wahai bakal suamiku, aku tidak meminta rumah yang besar, aku tidak meminta kereta yang gah, aku tidak meminta rantai emas berlian permata yang indah, aku tidak meminta wang yang banyak, dan aku tidak mendambakan kehidupan yang serba mewah, cukuplah dengan bersederhana, tetapi izinkan aku meminta sesuatu darimu, bimbinglah aku dalam mendapatkan syurga-Nya..''

Wahai bakal suami ku..

~Aku berharap,
Jika nanti Allah mempertemukan kita,
Kau akan selalu membimbingku,
Agar aku menjadi wanita yang solehah,
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga,
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat,
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku,
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita,
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat,
Iaitu anak yang soleh dan solehah,
Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah,
Andai engkau ditakdirkan untukku,
Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku,
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita,
Kau bisa mencintai aku apa adanya,
Dan bisa menerima kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan,

Dan
~Andai aku salah,
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan,

~Andai aku marah,
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu,
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan,

Andai aku lupa,
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang,
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita,

Kerana....
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku,
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya,
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu,

InsyaAllah, Aamiin :)


Credit : Sumber

Saturday, June 16, 2012

Mereka kata ...

catatan 秋 ツ Jam 1:14 PM




Mereka kata kita tolak dunia.
Bila huruf-huruf pertama yang diajar kepada anak kita adalah Alif, Ba, Ta.
Sedangkan mereka mengajar anak mereka menyebut A, B, C, 1, 2, 3.
Mungkin mereka tidak tahu satu huruf Al-Quran yang dibaca itu ganjarannya 10 pahala.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila Al-Quran adalah buku pertama yang diajar kepada anak kita.
Sedangkan mereka mengajar anak mereka membaca buku kimia.
Mungkin mereka tidak tahu Al-Quran itu rujukan untuk berjaya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila Al-Quran yang ada sudah pandai dibaca.
Sedangkan mereka berbangga kerana anak mereka sudah pandai menyelesaikan masalah kira-kira.
Mungkin mereka tidak tahu Al-Quran itu panduan kepada segala permasalahan yang ada.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita hantar anak ke pondok, maahad dan madrasah di usia muda.
Sedangkan mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah elit dan ternama.
Mungkin mereka tidak tahu ilmu agamalah yang akan membentuk diri tatkala dewasa.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita berselubung dengan pakaian hitam sampai tak nampak rupa.
Sedangkan mereka bangga atas nama fesyen, bentuk tubuh badan diperaga.
Mungkin mereka tidak tahu hijab itulah penyelamat maruah wanita.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita berkopiah, melipat seluar hingga ke atas buku lali sampai tak ada gaya.
Sedangkan mereka enak menghias diri sampai memukau mata.
Mungkin mereka tidak tahu di sebalik sunnah itu ada kejayaannya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita duduk di masjid menghabiskan masa.
Sedangkan mereka pula menghabiskan masa dan wang ringgit di kompleks pasar raya.
Mungkin mereka tidak tahu masjid itu tempat bercambahnya ilmu dan rahmatNya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita tak ada kerja pergi dakwah sini sana.
Sedangkan mereka seronok mengejar nikmat dunia.
Mungkin mereka terlupa masih banyak lagi umat menderita.

Ada banyak lagi mereka kata.
Sampai kawan gua kata biarkanlah saja mereka.
Cara kita dengan cara kita, cara mereka dengan cara mereka.
Tapi gua tak boleh, kerana itu tanggungjawab gua sebagai umatnya.

Biarlah apa mereka nak kata.
Bila kita asyik terkejarkan akhirat sana.
Sedangkan mereka sibuk berusaha untuk berjaya di dunia.
Cuma gua nak ingatkan kejayaan manusia di dunia hanyalah dalam agama dengan berjaya taat perintah Allah Taala dan ikut cara kekasihNya. 
Dan kejayaan yang sebenarnya adalah terlepas dari azab seksa neraka seterusnya dapat masuk syurga Allah Taala.


Credit : Sumber

Friday, June 15, 2012

You want a guy's perspective? Ask your dad.

catatan 秋 ツ Jam 2:49 PM




Me: Dad, how can I be sure if a guy really likes me or not?

Dad: If a guy really likes you, he would do whatever it takes to be yours. You see, there are two kinds of "being interested". One is, when a guy likes you but has his heart open to other girls. This is the kind that isn't so serious about being serious. The other kind of "being interested" is the kind that I want a guy to be interested in you. This is the kind whose eyes are set on you, and only you. No other girls. The one that sends you those long text messages on how much he means to you, gives you good morning and good night calls telling you to have a good day and to have sweet dreams. If a guy really wants to you to be his, he wouldn't be ashamed to introduce you his friends and even better, his family. I would want you to have a guy that when he looks into my daughter's eyes, he feels like he doesn't belong anywhere else but your heart.

Seperti Pohon Semalu

catatan 秋 ツ Jam 11:45 AM





Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.


Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...


Credit : sumber

Monday, June 11, 2012

Aku sedang di uji

catatan 秋 ツ Jam 10:38 PM



DIAM tak bermakna aku sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dengan ancaman dan tekanan daripada manusia-manusia yang hatinya tidak pernah puas. 

Allah sedang mengujiku. Alhamdulillah, syukur. 

Saturday, January 21, 2012

Waktu makan yang sesuai (Bhg. 1)

catatan 秋 ツ Jam 10:51 AM
Assalamualaikum ...

makanan makan makanan. best kan? ishh gila tak best! kat Malaysia ni macam2 menu ada. roti canai ada, mee goreng ada, teh tarik ada, telur mata ada. mau oder apa? pinjam skrip Uncle Muthu dalam cite Upin Ipin jap. hee.

tapi jangan la sampai berlebihan dan melampau2 makan sampai buat2 tak kenal kawan sebelah bila nafsu makan dah naik minyak. jangan macam tu okey. =p

A : weh, sarapan dak pagi tadi? pelahap kencang je?
B: standard bro. bangun lambat. tak sempat ah nak sarapan2 bagai. brunch dah la. jimat!

perkara tu biasa la kan. tak makan pagi, alaaa ape nak kecoh2. ramai je tak buat. tapi, cukuplah termasuk dalam golongan tu. sayang diri? meh cuba buat praktis amalkan waktu makan yang betul dan sesuai.


Sarapan pagi - sekitar 8 pagi
  • Anda harus makan dalam masa 30 minit hingga 1 jam selepas bangun dari tidur. pentingnya sarapan ialah untuk menambahkan kembali paras gula dalam darah selepas 6-8 jam tidur. apabila anda mengambil sarapan, ia akan membantu menyimpan gula dalam darah seimbang sekaligus memberi anda lebih banyak ketahan tenaga. 
  • Pilihlah makanan yang tinggi dengan complex carbohydrates seperti oat, kacang, bijirin gandum buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makan tengahari - sekitar 12 tengahari
  • Tempoh 3-4 jam selepas sarapan pagi. Penting sebab waktu tu merupakan waktu paling kita sibuk dan memerlukan banyak tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
  • Makan makanan yang seimbang dengan protein, complex carbohydrates, lemak baik (lemak yang tidak di proses dan bebas daripada bahan kimia sintetik) dan serat. 

Snek lewat petang - sekita r3 petang
  • Contoh makanan yang baik ialah seperti salad buah-buahan, kacang, yogurt buah-buahan dan sup sayur-sayuran. 

Makan malam - sekitar 6 petang
  • Harus di makan dalam tempoh 3-4 jam selepas makanan ringan pada waktu petang. 
  • Makan malam perlu seimbang dengan protein, complex carbohydrates dan lemak yang baik. 
  • Contoh makanan : roti gandum, kacang dan pasta. untuk daging, dada ayam (tanpa kulit) dan juga buah-buahan dan sayur-sayuran.

Snek lewat malam - sekitar 9 malam atau 1 jam sebelum tidur
  • Pilih makanan yang rendah kalori tapi tinggi dengan nutrient.
  • Contoh : Buah-buahan segar, sayur sayuran dan yogurt rendah lemak 
  • Elakkan kopi dan minuman tenaga sebaliknya minum segelas air yang di tapis atau jus organik. 

*panduan di atas bersesuaian untuk mereka yang mempunyai berat badan yang normal. faktor seperti umur, tinggi, berat, pekerjaan dan gaya hidup akan menentukan tabiat makan yang berbeza, begitu juga bagi mereka yang menghidap penyakit.



cara kita menghargai dan menyayangi diri kita, bukan dengan mencantikkan peribadi luaran semata-mata tetapi kesihatan adalah kunci segalanya. untuk bekerja, melakukan ibadat kepada Allah, perlulah dengan kesihatan diri yang baik. 

macamana nak sihat? segala-galanya bermula dari makanan. penyakit pun kebanyakannya senang merebak melalui makanan. kalau tak sihat, aktiviti harian pasti terganggu. ye dak? jadi, pilihlah makanan yang baik, sesuai dengan diri. ok semua?  ^^


Credit :  Sumber


Bersambung di Bahagian 2 ...
 

belog || Aki Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea