Thursday, November 18, 2010

Cinta tak kesampaian

catatan 秋 ツ Jam 3:58 PM
=AMARAN=
Anda dinasihatkan supaya membaca kisah ini sampai habis.


- - - - - - - * * * - - - - - - -

Awak,
saat petama kali saya jumpa awak, hati saya dah terpaut.
saya tak pernah nampak awak sebelum ni. sungguh! tak tipu.
saya dah jatuh hati kat awak.


Awak,
awak encem sangat! macam Aaron Aziz tu.
badan awak sasa macam Malek Nor.
eiyy~ beketul-ketul. geramnye saya!
tapi awak pun cute jugak tau! macam Nabil raja lawak tu.
eiyy~ rase nak cubit2 je awak!
alahaai~ nak ggur jantung saya bila lihat awak senyum, tau tak.
eiyy~ gigi awak tersusun rapi jer.
awak ada janggut sejemput, comel jer macam Adam (cite Adamaya tu)


Awak,
saya bertuah sgt3 dapat kenal awak.
dalam banyak2, saya jugak yg awak berkenan.
tiap kali saya tanya, awak diam je.
awak cuma senyum nampak gigi putih awak tu.
pastu, awak ngader2 cuit saya. hikhik geli saya, tau?


Awak,
awak manje. eiyy~ saya sukalah!
ada masa je, mesti awak salu datang jumpa saya.
bertambah cinta dan sayang saya kat awak, tau?
tak kira hujan panas ribut petir pum awak sanggup berkorban untuk saya.


Awak,
tapi kenapa sejak akhir2 ni awak suram je.
saya dah tak nampak riak gembira di wajah awak.
jumpa saya pun, awak dah tak senyum macam dulu.
kenapa awak? saya ada sakitkan hati awak ke? alaa saya mintak maaf awak.


Awak,
sejak dari hari tu, awak tak datang dah kat saya.
saya cari-cari awak, tau?
rindu sangat2 kat awak.
nak tenung wajah awak,
nak pandang gigi awak,
nak tengok janggut sejemput awk tu.


Awak,
mane awak pergi?
atau awak dah jumpa pengganti saya?
huhu jangan lah awak, nanti saya sedih tau.
kan saya nangis, awak tak suka. kn?


Awak,
pagi tadi saya dengar takbir raya.
rupanya hari ni Hari Raya Aidil Adha.
pada mulanya saya tak amek kisah sangat sal tu.
sebab tahun2 sebelumni pun, saya dah lalui. biasa je.
tapi entah la kenapa hati saya rasa tak sedap sangat.
macam ada perkare buruk je yang blaku.
aihh~ tak senang duduk saya.
asyik fikir sal awak je. tau?


Awak,
tengah saya duk bingung, tiba2 saya terdengar suara awak!
yer, saya pasti sgt3 tu suara awk!
ala2 suara Mazlan pet-pet senario tu haa.
intai punye intai, sah! saya nampak awak!


Awak,
kenapa awak terbaring kaku?
kenapa ramai manusia mengerumuni awak?
apa yang mereka dah buat kat awak?
ada sekali tu, awak teriak kuat sangat!
macam nak kua anak tekak.


Awak,
awak sakit ke wak?
saya cuba juga nak tolong awak, tapi xdapat. huhu~
saya jerit sekuat hati saya tapi tak de pun yang dengar.


Awak,
saya mintak maaf sgt3.
saya tahu awak perlukan bantuan saya.
tapi awk, awak puan tahu kn, yang saya ni sepohon rumput je.
kuat mana pun saya jerit, tak de sape pun yang dengar.


Awak,
awak dah pergi tinggalkan saya. kn?
saya nak nangis ni awak. huhuhuu~
awak dah kena sembelih tuk di buat daging korban.
sebab awak seekor kambing. huhuhuu~




=SEKIAN=
kisah cinta tak kesampaian.


- - - - - - - * * * - - - - - - -

Pesan Cik Aki : pernah tengok binatang menangis tapi tumbuhan blum agy. hehe

 

belog || Aki Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea