Saturday, November 9, 2013

Piramid Makanan Malaysia

catatan 秋 ツ Jam 9:12 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum wbt.
tak lengkap rasanya menjadi seorang pelajar jurusan Pemakanan dan Dietetik kalau tak cakap pasal piramid makanan. jadi, ayuhlah semua rakyat Malaysia yang berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha demi mencapai cita-cita berikut. oke takde kaitan -_-
mungkin ada yang tertanye, kenape mesti kena tahu piramid makanan ni? penting ke? kalau taknak tahu takboleh ke? baiklah, untuk golongan macamni, mari sini kakak nak sekolahkan. hehe. dah sedia?
Pengenalan
Piramid Makanan Malaysia adalah panduan mudah bagi individu untuk mengubah pengambilan makanan mereka mengikut jumlah makanan yang disyorkan. diet yang seimbang mengandungi gabungan makanan yang menyediakan semua nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Tiada makanan tunggal yang akan memberikan kita semua nutrient yang diperlukan. badan memerlukan pelbagai jenis makanan dalam jumlah yang berbeza bagi mendapatkan dan mengekalkan kesihatan yang baik. 
sebuah piramid makanan terdiri daripada 4 peringkat yang mewakili 5 kumpulan makanan. untuk keterangan lanjut, teruskan pembacaan anda di bawah. 
sila klik di atas gambar untuk tumbesaran yang lebih baik


Ditunjukkan di sebelah setiap kumpulan makanan adalah bilangan hidangan yang disyorkan setiap hari bagi setiap kumpulan. dari bahagian bawah ke bahagian atas piramid makanan, saiz setiap kumpulan makanan menjadi lebih kecik. ini menunjukkan bahawa seseorang individu itu perlu mengambil lebih banyak makanan di dasar piramid dan mengurangkan pengambilan makanan di bahagian atas piramid. 

Kumpulan makanan dan aras
Aras 4
  • Terletak di puncak / atas piramid menunjukkan makanan ini perlu diambil dalam jumlah yang kecil sahaja.
  • Pengambilan lemak, minyak, gula dan garam yang berlebihan boleh menyumbang kepada risiko penyakit kronik seperti obesiti (berat badan berlebihan), kencing manis, cardiovascular disease (CVD) / penyakit kardio (jantung) vaskular (pembuluh darah), darah tinggi dan kanser. 
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, minyak, gula dan garam serta mengurangkan penggunaannya dalam penyediaan makanan. 
Aras 3 (kiri)
  • Tinggi dengan protein, kaya dengan kalsium dan pelbagai mineral dan vitamin (vitamin A, riboflavin, vitamin B12 dan zink. 
  • Susu membina tulang dan gigi yang kuat dan memaksimumkan kekuatan tulang dari usia awal. ini boleh membantu mencegah osteoporosis (penyakit di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah) di kemudian hari.
  • Susu dan produk tenusu perlu di ambil setiap hari pada semua peringkat umur. 
  • Ambil 1-2 hidangan sehari.
  • Contoh satu hidangan tenusu ialah :
  • 1 gelas susu (250 ml)
  • 1 keping keju
  • 1 cawan yogurt
  • 4 sudu pencuci mulut (dessert spoon) susu tepung, membumbung
Aras 3 (kanan)
  • Sumber protein yang baik. kaya dengan vitamin B, zat besi, folat dan zink. secara umumnya, kekacang kenali sebagai makanan berkanji yang merupakan sumber terbaik serat pemakanan (dietary fibre). kekacang juga rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol berbanding daging dan ayam. adalah di sarankan supaya mengambil kekacang setiap hari. 
  • Pilih lebih banyak ikan, jika boleh setiap hari. 
  • Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol, contohnya membuang kulit ayam sebelum memasak atau pilih daging tanpa lemak. 
  • Hidangan harian yang disyorkan ialah :
  • 1/2 - 2 hidangan ayam, daging, telur
  • 1 hidangan ikan
  • 1/2 - 1 hidangan kekacang
  • Contoh satu hidangan ikan, ayam, daging dan telur :
  • 1 ekor ikan kembung (saiz sederhana)
  • 2 keping ikan tenggiri 
  • 1 ketul peha ayam (saiz sederhana)
  • 2/3 cawan ikan bilis tanpa kepala
  • 2 biji telur (keseluruhan)
  • Contoh satu hidangan kekacang :
  • 1 cawan kacang kuda / dal
  • 1 1/2 cawan kacang panggang dalam tin
  • 2 keping tempe / tauku / tauhu
  • 1 1/2 gelas susu kacang soya (tanpa gula)
Aras 2
  • Sumber serat yang baik, vitamin, mineral dan fitokimia (phytochemical) yang membantu menguatkan imuniti. 
  • Makanlah banyak dan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Bermanfaat dalam kesihatan terutamanya dalam mencegah beberapa penyakit kronik seperti kencing manis jenis 2 (Type 2 Diabetes Mellitus), penyakit jantung dan kanser tertentu. 
  • Sayur-sayuran adalah seperti sayur-sayuran berdaun hijau segar, termasuklah fruit vegetables, been vegetables, sayur-sayuran berwarna, ulam, sayur-sayuran dalam tin dan beku. 
  • Pilih buah-buahan segar. Namun, jus buah adalah tidak sama dengan hidangan buah dan tidak lebih daripada 1 hidangan. 
  • Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran dan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan setiap hari.
  • Contoh 1 hidangan sayur-sayuran :
  • 1/2 cawan sayur-sayuran hijau berdaun, dimasak
  • 1/2 cawan fruit vegetables, dimasak
  • 1 cawan ulam, mentah
  • Contoh 1 hidangan buah-buahan :
  • 1 biji epal /  pear / oren / mangga
  • 1 potong betik / tembikai / nanas
  • 1/2 biji jambu
  • 2 biji pisang emas (saiz kecil)
  • 1 biji pisang berangan (saiz sederhana)
  • 8 biji anggur (kecil)
Aras 1
  • Sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga (50 - 55% daripada jumlah tenaga harian)
  • Satu sumber yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat
  • Serat memberikan banyak kesan yang baik seperti pergerakan usus yang tetap, kesihatan usus yang baik, mengurangkan kolesterol dan glukosa darah (blood glucose).
  • Pilih produk bijirin daripada gandum seperti roti mil penuh (wholemeal bread), beras perang (brown rice), oat dan barli. gandum mengandungi lebih serat. 
  • Makan 4-8 hidangan sehari.
  • Contoh 1 hidangan bijirin :
  • 1 cawan (2 senduk) nasi
  • 1 cawan mee kuning
  • 1 1/2 cawan bihun dan laksa (direndam)
  • 1 cawan bijirin sarapan
  • 6 keping biskut (biskut krim)
  • 1/2 keping capati
  • 2 keping roti
  • 2 cawan bubur nasi kosong
  • 2 biji kentang (keseluruhan)
Fuhhhh penat jejari kakak menaip neh. dah jelas ke belum? jadi besar harapan agar semua dapat la kefahaman sedikit sebanyak berkenaan Piramid Makanan Malaysia ni. kalau ada kuiz kesihatan ke boleh la jawab soalan berkaitan dengan jayanya. untung2 dapat hadiah. yeayy :')

ok, sekianggg

Sumber : Ministry of Health (2010). Malaysian Dietary Guidelines.  
 

belog || Aki Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea