Monday, December 23, 2013

14 Tips mengawal nafsu makan

catatan 秋 ツ Jam 10:46 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Semua individu yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan (gemuk) bercita-cita untuk menurunkan berat badan. namun, cita-cita hanya menjadi angan-angan yg tidak mampu dicapai hingga menjadi kecewa atau menganggap diri sudah gagal. 
Faktor persekitaran dan jati diri mempengaruhi usaha ke arah mencapai cita-cita murni tersebut. kesan yang positif seperti ketrampilan diri yang lebih menarik dan kesihatan yang baik amat di harapkan.
Susah mengawal nafsu makan adalah masalah utama yang dihadapi. namun, dengan kaedah dan cara yang betul, ia pasti dapat diatasi. so, jangan sedih ya! boleh berjinak2 dengan ikuti tips dibawah :
  1. Waktu makan yang tepat dan tetap bagi 3 masa makan utama iaitu pagi, tengah hari dan malam dengan mengelakkan pengambilan snek. makan malam yang diambil mestilah sebelum pukul 8.00 malam. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai waktu makan yang sesuai, boleh klik sini atau disini
  2. Masa tidur malam yang teratur dan betul kerana jika tidur lewat malam, perut akan berasa lapar semula. 
  3. Mengamalkan pengambilan sayur dan buah setiap kali makan agar perut berasa kenyang, bukan disebabkan pengambilan nasi semata-mata.
  4. Menggantikan snek atau kerepek dengan buah-buahan sebagai snek jika perut lapar.
  5. Mengamalkan pengambilan air kosong melebihi 6-8 gelas sehari untuk mengawal selera makan berlebihan.
  6. Mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang manis.
  7. Makan secara perlahan atau lebihkan kunyahan berbanding makan dengan cepat.
  8. Jangan mengamalkan makan sambil menonton televisyen atau melakukan aktiviti lain kerana ia akan menyebabkan kuantiti makanan yang diambil tidak terkawal. tak percaya? boleh rujuk entri ni
  9. Mengawal diri daripada mengambil makanan yang berlebihan semasa majlis keraian.
  10. Mengelakkan diri daripada membeli stok makanan yang berlebihan untuk disimpan di dalam peti sejuk.
  11. Mengurangkan penganjuran atau hadiah yang menawarkan makanan sebagai imbuhan.
  12. Amalkan memberus gigi selepas makan agar mulut berasa bersih.
  13. Mengurangkan aktiviti bersosial di restoran atau kedai-kedai makan.
  14. Menghadkan pengambilan makanan segera kepada 1 kali sebulan.
Oleh itu, selamat mencuba ! :)

Sumber : Buletin pemakanan, Edisi 1. Kementerian Kesihatan Malaysia
 

belog || Aki Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea