بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum wbt.
Hai hello ni hao sawadikaab! waaa dah lame tinggal kan belog ni, rase cam mengigau je tetibe update. tapi bertujuan sebenarnya. DOUGHN4D, ayuh berblog demi Food Anthropology. yeayy~! ;)
Al-kisah, rase terpanggil pulak nak share sesuatu kat sini. Minuman pembuangan lemak atau Fat flush water ni bukanlah benda baru pun. malah mungkin dah ramai antara kita yang menjadikan minuman ni sebagai amalkan diet seharian. tapi takpe. sebab ilolls baru je terbace satu artikel daripada surat khabar itu hari. jadi marilah sesame berkongsi ilmu. hee
sumber : google
Secara ringkasnya, minuman ni glemer selepas Kim Lyons (pelatih selebriti) memperkenalkan minuman ni dalam program The Biggest Looser. jadi ramai la ghetis Hollywood amalkan minuman ni dalam usaha untuk menurunkan berat badan dorang.
Teruja nak try? lek luu. kena tahu khasiat yg terkandung dalam minuman ni dulu. sabo sabor. hehe. antara kebaikan minuman pembuangan lemak ni adalah :-
- Buah oren, limau nipis, lemon dan limau gedang - kaya dengan Vitamin C - mengubah lemak kepada tenaga
- Timun - membuatkan kita rasa kenyang dan boleh mengurangkan pengambilan makanan.
- Daun pudina - membantu melancarkan penghadaman
- Limau gedang - mengandungi antioksidan flavonoid yg meningkatkan lagi sensitiviti insulin
Menurut Mohamed Azlan Zain Mohamed (pelatih kecergasan TRX dan kettlebell), minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun secara toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh.
Jadi macamane amalan minuman ni boleh turunkan berat badan? haa kate Azlan lagi,
“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan - khususnya pada bahagian hati - tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan".
Bahan-bahannya :
1 Limau gedang (potong nipis)
1 Limau nipis (potong nipis)
1 Lemon (potong nipis)
1 Oren (potong nipis)
1 Timun (potong nipis)
1/2 sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yg terlalu masam)
Ais
Air kosong
Botol minuman bersaiz sederhana
1) SEDIAKAN bahan.
2) HIRIS nipis semua buah-buahan. susunkan ke dalam botol.
3) CAMPURKAN setengah sudu kecil madu.
4) PENUHKAN bahagian atas botol dengan ais.
5) TAMBAHKAN air kosong dan isikan botol hingga hampir penuh.
6) SIMPAN seketika dalam peti sejuk antara satu hingga dua jam. sedia dinikmati.
iolls dah try dah. sedapp~!! anda mesti cuba. walaubagaimanapun, senaman secara konsisten adalah cara yang paling baik untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak disamping pemakanan dan diet yang seimbang. ingat tu!
sekiangg ;)
Credit gambar dan artikel daripada : Harian Metro - 30/09/2013