On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.
Blog List
DOUGHN4Dians
-
-
syuhadabaharr8 years ago
-
sungai klah hotspring9 years ago
-
Yakult as A Probiotic9 years ago
-
TD44 : Menu Diabetes10 years ago
-
-
Wordless Wednesday #810 years ago
-
-
Perlu ke ade bff??10 years ago
-
susu? 牛奶? حليب? 우유?11 years ago
-
Diet For Chronic Kidney Disease11 years ago
-
banjir11 years ago
-
Demam berdarah?oh YES dgn PATI KURMA11 years ago
-
i am happiness11 years ago
-
the red tomato11 years ago
-
Nutrition facts label11 years ago
-
-
-
-
Ada apa dengan Belimbing??11 years ago
-
Benefits of lemon water11 years ago
-
-
[Spices can help in weight loss]11 years ago
-
FAT FAT FAT11 years ago
-
healthy tips 111 years ago
-
-
-
Healthy BreaKfast11 years ago
-
“Enjit-enjit semut siapa sakit ”11 years ago
-
-
-
-
-
# 1- PIRAMID MAKANAN MALAYSIA11 years ago
-
♡ My top 5 Malaysian food favv!! ♡11 years ago
-
-
-
BIJI HALBA11 years ago
-
Cheers to student lifestyle (Part 1)11 years ago
-
Pemakanan Seimbang :)11 years ago
-
diabetes diet plan11 years ago
-
Permulaan baru.11 years ago
-
First Trial..!11 years ago
-
-
Wednesday, November 27, 2013
Wordless Wednesday #3
Categories
Health,
Wordless Wednesday
Thursday, November 21, 2013
Menilai Berat Anda
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Entri sebelum ni, kita dah berkenalan dengan Piramid Makanan Malaysia. jadi, ini kali kita main kira-kira pulak. rasanya semorang dah expert bab kira-kira BMI (Body Mass Index) / Indeks Jisim Tubuh ni kann? eh ada yang tak mahir lagi? tak tahu BMI tu ape? takpetakpe jangan gundah gulana. anda berasa di saluran yang betul :)
sekiranya anda tiba2 menyedari akan perubahan diri anda terutamanya perihal berpakaian, ini adalah petanda bahawa anda cakna akan perubahan badan anda. ataupun mungkin apabila berjumpa dengan pakar kesihatan, mereka memberitahu bahawa anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi dan berat badan berlebihan juga boleh menjadi faktor penyumbang. jadi, langkah pertama adalah dengan mengetahui sama ada berat badan terkini anda sihat ke tak.
Bagaimana saya tahu jika saya berada di berat badan yg sihat?
1) Adult Body Mass Index / BMI
Satu cara bagi menentukan sama ada berat badan anda sihat ke tak ialah dengan mengira Index Jisim Tubuh / BMI. bagi kebanyakan orang, BMI adalah petunjuk kegemukan badan. agak kasar yer istilah di situ. hehe. jadi, ayuh masukkan data yang berkenaan, lepastu klik calculate. nanti akan keluar box yg akan bagitahu anda berapa BMI anda. sonang je! kalau rajin sikit, nah boleh kira manual guna formula ni :
BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
Mengira BMI anda
"underweight", "normal", "overweight" dan "obese" tu semua adalah label untuk julat berat badan. Obese dan overweight menggambarkan julat berat badan yang lebih besar daripada apa yang dianggap sihat untuk ketinggian yang diberikan. untuk underweight pulak, menggambarkan berat badan yang lebih rendah daripada apa yang dianggap sihat. dalam bahasa mudahnya, berat badan tu tak sesuai dengan ketinggian yg dimiliki. kalau normal, Alhamdulillah. Tahniah! anda cuma kena mantain berat badan tu dengan mempraktikkan cara makan yang betul dan sihat. akan tetapi, obesiti dan berat badan berlebihan meningkatkan kemungkinan penyakit-penyakit tertentu dan masalah kesihatan yang lain.
2) Waist Circumference / lilitan piggang
Lilitan pinggang anda mungkin akan memberitahu anda bahawa anda mempunyai risiko yang tinggi untuk masalah yang berkaitan dengan obesiti jika anda:
Lemak di bahagian abdomen yang berlebihan adalah serius kerana ia meletakkan anda pada risiko yang lebih tinggi untuk masalah berkaitan dengan obesiti seperti diabetes jenis 2, kolesterol darah tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi, dan penyakit arteri koronari. Individu yang mempunyai lemak di bahagian abdomen yang berlebihan harus berunding dengan doktor mereka atau health care providers bagi membina satu pelan untuk mengurangkan berat badan.
Bagaimana Untuk Mengukur Saiz pinggang anda
Klik di atas gambar untuk tumbesaran yg lebih baik
Nota: Maklumat di laman-laman ini adalah bertujuan untuk lelaki dewasa dan wanita yang tidak hamil sahaja.
Ok, selamat mencuba. sekianggg ;)
Sumber : CDC (Centers for Disease Control and Prevention)
Categories
Health,
Info kesihatan,
Pemakanan dan Dietetik
Wednesday, November 13, 2013
Wordless Wednesday #2
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.
Categories
Wordless Wednesday
Saturday, November 9, 2013
Piramid Makanan Malaysia
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum wbt.
tak lengkap rasanya menjadi seorang pelajar jurusan Pemakanan dan Dietetik kalau tak cakap pasal piramid makanan. jadi, ayuhlah semua rakyat Malaysia yang berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha demi mencapai cita-cita berikut. oke takde kaitan -_-
mungkin ada yang tertanye, kenape mesti kena tahu piramid makanan ni? penting ke? kalau taknak tahu takboleh ke? baiklah, untuk golongan macamni, mari sini kakak nak sekolahkan. hehe. dah sedia?
Pengenalan
Piramid Makanan Malaysia adalah panduan mudah bagi individu untuk mengubah pengambilan makanan mereka mengikut jumlah makanan yang disyorkan. diet yang seimbang mengandungi gabungan makanan yang menyediakan semua nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Tiada makanan tunggal yang akan memberikan kita semua nutrient yang diperlukan. badan memerlukan pelbagai jenis makanan dalam jumlah yang berbeza bagi mendapatkan dan mengekalkan kesihatan yang baik.
sebuah piramid makanan terdiri daripada 4 peringkat yang mewakili 5 kumpulan makanan. untuk keterangan lanjut, teruskan pembacaan anda di bawah.
sila klik di atas gambar untuk tumbesaran yang lebih baik
Ditunjukkan di sebelah setiap kumpulan makanan adalah bilangan hidangan yang disyorkan setiap hari bagi setiap kumpulan. dari bahagian bawah ke bahagian atas piramid makanan, saiz setiap kumpulan makanan menjadi lebih kecik. ini menunjukkan bahawa seseorang individu itu perlu mengambil lebih banyak makanan di dasar piramid dan mengurangkan pengambilan makanan di bahagian atas piramid.
Kumpulan makanan dan aras
Aras 4
- Terletak di puncak / atas piramid menunjukkan makanan ini perlu diambil dalam jumlah yang kecil sahaja.
- Pengambilan lemak, minyak, gula dan garam yang berlebihan boleh menyumbang kepada risiko penyakit kronik seperti obesiti (berat badan berlebihan), kencing manis, cardiovascular disease (CVD) / penyakit kardio (jantung) vaskular (pembuluh darah), darah tinggi dan kanser.
- Hadkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, minyak, gula dan garam serta mengurangkan penggunaannya dalam penyediaan makanan.
Aras 3 (kiri)
- Tinggi dengan protein, kaya dengan kalsium dan pelbagai mineral dan vitamin (vitamin A, riboflavin, vitamin B12 dan zink.
- Susu membina tulang dan gigi yang kuat dan memaksimumkan kekuatan tulang dari usia awal. ini boleh membantu mencegah osteoporosis (penyakit di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah) di kemudian hari.
- Susu dan produk tenusu perlu di ambil setiap hari pada semua peringkat umur.
- Ambil 1-2 hidangan sehari.
- Contoh satu hidangan tenusu ialah :
- 1 gelas susu (250 ml)
- 1 keping keju
- 1 cawan yogurt
- 4 sudu pencuci mulut (dessert spoon) susu tepung, membumbung
Aras 3 (kanan)
- Sumber protein yang baik. kaya dengan vitamin B, zat besi, folat dan zink. secara umumnya, kekacang kenali sebagai makanan berkanji yang merupakan sumber terbaik serat pemakanan (dietary fibre). kekacang juga rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol berbanding daging dan ayam. adalah di sarankan supaya mengambil kekacang setiap hari.
- Pilih lebih banyak ikan, jika boleh setiap hari.
- Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol, contohnya membuang kulit ayam sebelum memasak atau pilih daging tanpa lemak.
- Hidangan harian yang disyorkan ialah :
- 1/2 - 2 hidangan ayam, daging, telur
- 1 hidangan ikan
- 1/2 - 1 hidangan kekacang
- Contoh satu hidangan ikan, ayam, daging dan telur :
- 1 ekor ikan kembung (saiz sederhana)
- 2 keping ikan tenggiri
- 1 ketul peha ayam (saiz sederhana)
- 2/3 cawan ikan bilis tanpa kepala
- 2 biji telur (keseluruhan)
- Contoh satu hidangan kekacang :
- 1 cawan kacang kuda / dal
- 1 1/2 cawan kacang panggang dalam tin
- 2 keping tempe / tauku / tauhu
- 1 1/2 gelas susu kacang soya (tanpa gula)
Aras 2
- Sumber serat yang baik, vitamin, mineral dan fitokimia (phytochemical) yang membantu menguatkan imuniti.
- Makanlah banyak dan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
- Bermanfaat dalam kesihatan terutamanya dalam mencegah beberapa penyakit kronik seperti kencing manis jenis 2 (Type 2 Diabetes Mellitus), penyakit jantung dan kanser tertentu.
- Sayur-sayuran adalah seperti sayur-sayuran berdaun hijau segar, termasuklah fruit vegetables, been vegetables, sayur-sayuran berwarna, ulam, sayur-sayuran dalam tin dan beku.
- Pilih buah-buahan segar. Namun, jus buah adalah tidak sama dengan hidangan buah dan tidak lebih daripada 1 hidangan.
- Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran dan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan setiap hari.
- Contoh 1 hidangan sayur-sayuran :
- 1/2 cawan sayur-sayuran hijau berdaun, dimasak
- 1/2 cawan fruit vegetables, dimasak
- 1 cawan ulam, mentah
- Contoh 1 hidangan buah-buahan :
- 1 biji epal / pear / oren / mangga
- 1 potong betik / tembikai / nanas
- 1/2 biji jambu
- 2 biji pisang emas (saiz kecil)
- 1 biji pisang berangan (saiz sederhana)
- 8 biji anggur (kecil)
Aras 1
- Sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga (50 - 55% daripada jumlah tenaga harian)
- Satu sumber yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat
- Serat memberikan banyak kesan yang baik seperti pergerakan usus yang tetap, kesihatan usus yang baik, mengurangkan kolesterol dan glukosa darah (blood glucose).
- Pilih produk bijirin daripada gandum seperti roti mil penuh (wholemeal bread), beras perang (brown rice), oat dan barli. gandum mengandungi lebih serat.
- Makan 4-8 hidangan sehari.
- Contoh 1 hidangan bijirin :
- 1 cawan (2 senduk) nasi
- 1 cawan mee kuning
- 1 1/2 cawan bihun dan laksa (direndam)
- 1 cawan bijirin sarapan
- 6 keping biskut (biskut krim)
- 1/2 keping capati
- 2 keping roti
- 2 cawan bubur nasi kosong
- 2 biji kentang (keseluruhan)
Fuhhhh penat jejari kakak menaip neh. dah jelas ke belum? jadi besar harapan agar semua dapat la kefahaman sedikit sebanyak berkenaan Piramid Makanan Malaysia ni. kalau ada kuiz kesihatan ke boleh la jawab soalan berkaitan dengan jayanya. untung2 dapat hadiah. yeayy :')
ok, sekianggg
Categories
Health,
Info kesihatan,
Pemakanan dan Dietetik
Thursday, November 7, 2013
Gangguan ketika makan boleh menambahkan 'inci' di pinggang anda!
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum wbt.
Di era globalisasi laa nii kan, kalau sebelum nak makan tu, perkara wajib yg di buat dulu ape? capai sudu garfu? ehh takk. jaman dulu2 tu mungkin ye. tapi trend sekarang ni, sebelum makan tu, harusla bergambo kenangan menu tu dulu. pastu up kat fesbuk insta twiderr wasap dan memacam lagi lah. terliur member2 nengok. ye dok? :p
satu hal yg kita semua kene tau, melayan telefun semasa makan atau tengok tv semasa makan adalah perbuatan yg mengganggu makan yg mana kita tak fokes dah dengan ape yg dimakan tu. jadi nye, sedar tak sedar eh dah terlebih makan! mane tak nye, dah tengah2 mesej memangla nak fokes kat mesej. nanti kang tertypo yg bukan2 naye pulak. contohnye nak taip saya tahu tapi jadi saya tahi. T_T
kita selalu fikir kalau berat badan yang berlebihan tu mesti sebab kurang bersenam. sebaliknya gaya hidup kita sendiri yg menjurus kepada masalah iaitu gangguan ketika makan. aktiviti makan sambil melakukan sesuatu yang lain membawa kepada kesukaran mengingati apa yang telah di makan dan rasa tak kenyang yg kemudiannya boleh menjadikan seseorang itu terlebih makan pastu terbitlah isu-isu 'pinggang ketat', 'perut buncit' dan sebagainya.
contoh, ada banyak kerja nak kena buat. memang kita rasa kita boleh nak setel semua sekaligus tetapi kita pasti tak dapat nak fokes sepenuhnya sesuatu kerja tu dengan baik dan cemerlang. oleh itu, lakukanlah sesuatu perkara itu dengan penuh perasaan. walaupun nasihat ni tak bunyi macam nasihat pemakanan sangat, tapi ia adalah penting. jangan ingat memandu je kena berhati-hati, makan pun kena hati-hati jugak. jadi, mungkin boleh cuba amalkan tabiat berikut :
- Jangan buat apa-apa selain dari makan ketika waktu makan. ketepikan semua barang2 elektronik tu dulu. makan perlahan-lahan dan nikmati setiap gigitan. slow and steady je. jangan gopoh. sebab kalau fikiran kita terganggu dengan macam2 hal, kita boleh cenderung untuk makan lebih.
- Hormatilah orang sekeliling yang makan bersama kita. sebab perbuatan kita yang tak fokes masa tengah makan tu boleh membuatkan orang lain rasa terganggu. nak makan, makan la dulu. melainkan kalau ada hal yg tersangat penting.
- Hargai dan nikmatilah makanan ketika waktu makan. jangan biarkan hal-hal lain mengganggu anda. dari itu, kita akan rasa makanan tu lebih istimewa sekaligus dapat menikmati makanan yg kita makan. jadi kita pun akan rasa puas hati dan soal terlebih makan tu secara tak sengaja boleh di elakkan.
untuk permulaan, pilihlah mana-mana satu dulu daripada di atas. memang agak payah tapi nanti dah terbiasa ok je. bila dah konsisten dengan satu tabiat tu, boleh praktis tabiat yang lain pulak. peringatan untuk diri sendiri juga.
ok, sekianggg. terima kasih sudi baca ! :)
Credit sumber :
Malaysian Dietitians' Association
Malaysian Dietitians' Association
Categories
Food Anthropology,
Info kesihatan,
Nasihat
Wednesday, November 6, 2013
Wordless Wednesday #1
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.
Categories
Fruits,
Health,
Wordless Wednesday
Subscribe to:
Posts (Atom)