Showing posts with label Pemakanan dan Dietetik. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan dan Dietetik. Show all posts

Monday, December 23, 2013

14 Tips mengawal nafsu makan

catatan 秋 ツ Jam 10:46 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Semua individu yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan (gemuk) bercita-cita untuk menurunkan berat badan. namun, cita-cita hanya menjadi angan-angan yg tidak mampu dicapai hingga menjadi kecewa atau menganggap diri sudah gagal. 
Faktor persekitaran dan jati diri mempengaruhi usaha ke arah mencapai cita-cita murni tersebut. kesan yang positif seperti ketrampilan diri yang lebih menarik dan kesihatan yang baik amat di harapkan.
Susah mengawal nafsu makan adalah masalah utama yang dihadapi. namun, dengan kaedah dan cara yang betul, ia pasti dapat diatasi. so, jangan sedih ya! boleh berjinak2 dengan ikuti tips dibawah :
  1. Waktu makan yang tepat dan tetap bagi 3 masa makan utama iaitu pagi, tengah hari dan malam dengan mengelakkan pengambilan snek. makan malam yang diambil mestilah sebelum pukul 8.00 malam. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai waktu makan yang sesuai, boleh klik sini atau disini. 
  2. Masa tidur malam yang teratur dan betul kerana jika tidur lewat malam, perut akan berasa lapar semula. 
  3. Mengamalkan pengambilan sayur dan buah setiap kali makan agar perut berasa kenyang, bukan disebabkan pengambilan nasi semata-mata.
  4. Menggantikan snek atau kerepek dengan buah-buahan sebagai snek jika perut lapar.
  5. Mengamalkan pengambilan air kosong melebihi 6-8 gelas sehari untuk mengawal selera makan berlebihan.
  6. Mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang manis.
  7. Makan secara perlahan atau lebihkan kunyahan berbanding makan dengan cepat.
  8. Jangan mengamalkan makan sambil menonton televisyen atau melakukan aktiviti lain kerana ia akan menyebabkan kuantiti makanan yang diambil tidak terkawal. tak percaya? boleh rujuk entri ni. 
  9. Mengawal diri daripada mengambil makanan yang berlebihan semasa majlis keraian.
  10. Mengelakkan diri daripada membeli stok makanan yang berlebihan untuk disimpan di dalam peti sejuk.
  11. Mengurangkan penganjuran atau hadiah yang menawarkan makanan sebagai imbuhan.
  12. Amalkan memberus gigi selepas makan agar mulut berasa bersih.
  13. Mengurangkan aktiviti bersosial di restoran atau kedai-kedai makan.
  14. Menghadkan pengambilan makanan segera kepada 1 kali sebulan.
Oleh itu, selamat mencuba ! :)

Sumber : Buletin pemakanan, Edisi 1. Kementerian Kesihatan Malaysia

Thursday, November 21, 2013

Menilai Berat Anda

catatan 秋 ツ Jam 4:48 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Entri sebelum ni, kita dah berkenalan dengan Piramid Makanan Malaysia. jadi, ini kali kita main kira-kira pulak. rasanya semorang dah expert bab kira-kira BMI (Body Mass Index) / Indeks Jisim Tubuh ni kann? eh ada yang tak mahir lagi? tak tahu BMI tu ape? takpetakpe jangan gundah gulana. anda berasa di saluran yang betul :)


sekiranya anda tiba2 menyedari akan perubahan diri anda terutamanya perihal berpakaian, ini adalah petanda bahawa anda cakna akan perubahan badan anda. ataupun mungkin apabila berjumpa dengan pakar kesihatan, mereka memberitahu bahawa anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi dan berat badan berlebihan juga boleh menjadi faktor penyumbang. jadi, langkah pertama adalah dengan mengetahui sama ada berat badan terkini anda sihat ke tak.

Bagaimana saya tahu jika saya berada di berat badan yg sihat?

1) Adult Body Mass Index / BMI 

Satu cara bagi menentukan sama ada berat badan anda sihat ke tak ialah dengan mengira Index Jisim Tubuh / BMI. bagi kebanyakan orang, BMI adalah petunjuk kegemukan badan. agak kasar yer istilah di situ. hehe. jadi, ayuh masukkan data yang berkenaan, lepastu klik calculate. nanti akan keluar box yg akan bagitahu anda berapa BMI anda. sonang je! kalau rajin sikit, nah boleh kira manual guna formula ni :

BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

Mengira BMI anda


"underweight", "normal", "overweight" dan "obese" tu semua adalah label untuk julat berat badan. Obese dan overweight menggambarkan julat berat badan yang lebih besar daripada apa yang dianggap sihat untuk ketinggian yang diberikan. untuk underweight pulak, menggambarkan berat badan yang lebih rendah daripada apa yang dianggap sihat. dalam bahasa mudahnya, berat badan tu tak sesuai dengan ketinggian yg dimiliki. kalau normal, Alhamdulillah. Tahniah! anda cuma kena mantain berat badan tu dengan mempraktikkan cara makan yang betul dan sihat. akan tetapi, obesiti dan berat badan berlebihan meningkatkan kemungkinan penyakit-penyakit tertentu dan masalah kesihatan yang lain. 

2) Waist Circumference / lilitan piggang

Lilitan pinggang anda mungkin akan memberitahu anda bahawa anda mempunyai risiko yang tinggi untuk masalah yang berkaitan dengan obesiti jika anda: 

Lemak di bahagian abdomen yang berlebihan adalah serius kerana ia meletakkan anda pada risiko yang lebih tinggi untuk masalah berkaitan dengan obesiti seperti diabetes jenis 2, kolesterol darah tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi, dan penyakit arteri koronari. Individu yang mempunyai lemak di bahagian abdomen yang berlebihan harus berunding dengan doktor mereka atau health care providers bagi membina satu pelan untuk mengurangkan berat badan. 

Bagaimana Untuk Mengukur Saiz pinggang anda

Klik di atas gambar untuk tumbesaran yg lebih baik

Nota: Maklumat di laman-laman ini adalah bertujuan untuk lelaki dewasa dan wanita yang tidak hamil sahaja.

Ok, selamat mencuba. sekianggg ;)

Sumber : CDC (Centers for Disease Control and Prevention)

Saturday, November 9, 2013

Piramid Makanan Malaysia

catatan 秋 ツ Jam 9:12 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum wbt.
tak lengkap rasanya menjadi seorang pelajar jurusan Pemakanan dan Dietetik kalau tak cakap pasal piramid makanan. jadi, ayuhlah semua rakyat Malaysia yang berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha demi mencapai cita-cita berikut. oke takde kaitan -_-
mungkin ada yang tertanye, kenape mesti kena tahu piramid makanan ni? penting ke? kalau taknak tahu takboleh ke? baiklah, untuk golongan macamni, mari sini kakak nak sekolahkan. hehe. dah sedia?
Pengenalan
Piramid Makanan Malaysia adalah panduan mudah bagi individu untuk mengubah pengambilan makanan mereka mengikut jumlah makanan yang disyorkan. diet yang seimbang mengandungi gabungan makanan yang menyediakan semua nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Tiada makanan tunggal yang akan memberikan kita semua nutrient yang diperlukan. badan memerlukan pelbagai jenis makanan dalam jumlah yang berbeza bagi mendapatkan dan mengekalkan kesihatan yang baik. 
sebuah piramid makanan terdiri daripada 4 peringkat yang mewakili 5 kumpulan makanan. untuk keterangan lanjut, teruskan pembacaan anda di bawah. 
sila klik di atas gambar untuk tumbesaran yang lebih baik


Ditunjukkan di sebelah setiap kumpulan makanan adalah bilangan hidangan yang disyorkan setiap hari bagi setiap kumpulan. dari bahagian bawah ke bahagian atas piramid makanan, saiz setiap kumpulan makanan menjadi lebih kecik. ini menunjukkan bahawa seseorang individu itu perlu mengambil lebih banyak makanan di dasar piramid dan mengurangkan pengambilan makanan di bahagian atas piramid. 

Kumpulan makanan dan aras
Aras 4
  • Terletak di puncak / atas piramid menunjukkan makanan ini perlu diambil dalam jumlah yang kecil sahaja.
  • Pengambilan lemak, minyak, gula dan garam yang berlebihan boleh menyumbang kepada risiko penyakit kronik seperti obesiti (berat badan berlebihan), kencing manis, cardiovascular disease (CVD) / penyakit kardio (jantung) vaskular (pembuluh darah), darah tinggi dan kanser. 
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, minyak, gula dan garam serta mengurangkan penggunaannya dalam penyediaan makanan. 
Aras 3 (kiri)
  • Tinggi dengan protein, kaya dengan kalsium dan pelbagai mineral dan vitamin (vitamin A, riboflavin, vitamin B12 dan zink. 
  • Susu membina tulang dan gigi yang kuat dan memaksimumkan kekuatan tulang dari usia awal. ini boleh membantu mencegah osteoporosis (penyakit di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah) di kemudian hari.
  • Susu dan produk tenusu perlu di ambil setiap hari pada semua peringkat umur. 
  • Ambil 1-2 hidangan sehari.
  • Contoh satu hidangan tenusu ialah :
  • 1 gelas susu (250 ml)
  • 1 keping keju
  • 1 cawan yogurt
  • 4 sudu pencuci mulut (dessert spoon) susu tepung, membumbung
Aras 3 (kanan)
  • Sumber protein yang baik. kaya dengan vitamin B, zat besi, folat dan zink. secara umumnya, kekacang kenali sebagai makanan berkanji yang merupakan sumber terbaik serat pemakanan (dietary fibre). kekacang juga rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol berbanding daging dan ayam. adalah di sarankan supaya mengambil kekacang setiap hari. 
  • Pilih lebih banyak ikan, jika boleh setiap hari. 
  • Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol, contohnya membuang kulit ayam sebelum memasak atau pilih daging tanpa lemak. 
  • Hidangan harian yang disyorkan ialah :
  • 1/2 - 2 hidangan ayam, daging, telur
  • 1 hidangan ikan
  • 1/2 - 1 hidangan kekacang
  • Contoh satu hidangan ikan, ayam, daging dan telur :
  • 1 ekor ikan kembung (saiz sederhana)
  • 2 keping ikan tenggiri 
  • 1 ketul peha ayam (saiz sederhana)
  • 2/3 cawan ikan bilis tanpa kepala
  • 2 biji telur (keseluruhan)
  • Contoh satu hidangan kekacang :
  • 1 cawan kacang kuda / dal
  • 1 1/2 cawan kacang panggang dalam tin
  • 2 keping tempe / tauku / tauhu
  • 1 1/2 gelas susu kacang soya (tanpa gula)
Aras 2
  • Sumber serat yang baik, vitamin, mineral dan fitokimia (phytochemical) yang membantu menguatkan imuniti. 
  • Makanlah banyak dan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Bermanfaat dalam kesihatan terutamanya dalam mencegah beberapa penyakit kronik seperti kencing manis jenis 2 (Type 2 Diabetes Mellitus), penyakit jantung dan kanser tertentu. 
  • Sayur-sayuran adalah seperti sayur-sayuran berdaun hijau segar, termasuklah fruit vegetables, been vegetables, sayur-sayuran berwarna, ulam, sayur-sayuran dalam tin dan beku. 
  • Pilih buah-buahan segar. Namun, jus buah adalah tidak sama dengan hidangan buah dan tidak lebih daripada 1 hidangan. 
  • Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran dan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan setiap hari.
  • Contoh 1 hidangan sayur-sayuran :
  • 1/2 cawan sayur-sayuran hijau berdaun, dimasak
  • 1/2 cawan fruit vegetables, dimasak
  • 1 cawan ulam, mentah
  • Contoh 1 hidangan buah-buahan :
  • 1 biji epal /  pear / oren / mangga
  • 1 potong betik / tembikai / nanas
  • 1/2 biji jambu
  • 2 biji pisang emas (saiz kecil)
  • 1 biji pisang berangan (saiz sederhana)
  • 8 biji anggur (kecil)
Aras 1
  • Sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga (50 - 55% daripada jumlah tenaga harian)
  • Satu sumber yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat
  • Serat memberikan banyak kesan yang baik seperti pergerakan usus yang tetap, kesihatan usus yang baik, mengurangkan kolesterol dan glukosa darah (blood glucose).
  • Pilih produk bijirin daripada gandum seperti roti mil penuh (wholemeal bread), beras perang (brown rice), oat dan barli. gandum mengandungi lebih serat. 
  • Makan 4-8 hidangan sehari.
  • Contoh 1 hidangan bijirin :
  • 1 cawan (2 senduk) nasi
  • 1 cawan mee kuning
  • 1 1/2 cawan bihun dan laksa (direndam)
  • 1 cawan bijirin sarapan
  • 6 keping biskut (biskut krim)
  • 1/2 keping capati
  • 2 keping roti
  • 2 cawan bubur nasi kosong
  • 2 biji kentang (keseluruhan)
Fuhhhh penat jejari kakak menaip neh. dah jelas ke belum? jadi besar harapan agar semua dapat la kefahaman sedikit sebanyak berkenaan Piramid Makanan Malaysia ni. kalau ada kuiz kesihatan ke boleh la jawab soalan berkaitan dengan jayanya. untung2 dapat hadiah. yeayy :')

ok, sekianggg

Sumber : Ministry of Health (2010). Malaysian Dietary Guidelines.  

Friday, October 25, 2013

Fakta tentang madu asli

catatan 秋 ツ Jam 8:00 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum wbt.
Pagi itu hari sebelum berkejar ke kelas, terasa nak makan madu (stok madu ada satu botol tersimpan dalam gobok entah berapa lama, rasa macam dah bertahun). pastu tetiba diri sendiri terpacul soalan 'eh madu ni takde expired date ke?'. maka terjadilah entri kali ni pasal madu. habis mukoddimah :D

Sebelum bebel panjang, kenal la dulu madu tu ape kan. ok, madu ni terhasil daripada titik peluh si lebah. bukan lebah tu berpeluh then peluh lebah tu ialah madu, no no. maksudnye di sini makhluk yg super rajin ni kumpul sari-sari bunga, pastu masuk dalam badan dorang, proses2, taraa jadi la madu. haa gitu. *gaya macam mengajar budak darjah satu je. -..-
"Dari perut Lebah itu keluarlah minuman (Madu) yang macam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan." (Q.S. An Nahl 69).
Antara fakta pasal madu asli :
  1. Biasa kita tahu, semut tegar menggemari benda yg manis2 kan. tapi tidak pada madu. eceli semut bukan tak makan madu tapi disebabkan madu tu bersifat panas, semut boleh jadi arwah kecuali kalau semut tu dapat minum air cepat2. bila dah macamtu memang semut tak gi dekat la dengan madu. 
  2. Madu tak akan basi selama-lamanya dalam erti kata lain, takde expired date la yer. 
  3. Manis madu tu campur rasa masam2 sikit dan bila kita telan tu kan, ada rasa berkuap / pressure + 'panas sikit' bila madu tu lalu kat kerongkong.
  4. Jenis madu ni, ada yg pekat dan kurang pekat tapi takde madu yang cair macam air. 
  5. Madu ni pulak bila dah simpan lelama, kemungkinan akan terbentuk sikit lapisan sediment, kire mineral dan ash yg ada dalam madu tu la. 
  6. Buih madu tidak putih tetapi kekuningan [kalau putih tu gula].
  7. Benda terapung tu biasanya lilin dari sarang lebah. 
  8. Madu tidak menyerap kertas. Kalau sapu kat rokok, rokok masih menyala kerana tembakaunya kering. 
  9. Bukan senang nak ambil madu ni yer abangkakak. nak-nak kalau madu lebah liar / hutan. jadi tak heran la kalau dijual 1kg RM 200 sebotol pun orang sanggup beli kalau nak dibandingkan dengan khasiatnya. 
  10. Madu yg selalu kite tengok dijual memana tu biasanya madu daripada lebah yg di bela / ternak. lebah tu dikasi makan air gula tapi bila dorang dah puas tu, ade je la dorang ni pegi sedut madu daripada bebunga. jadi kira boleh lah kan. 
  11. Madu Asli banyak kebaikan dia untuk kesihatan badan. berguna untuk yg ada penyakit kulit, kudis, sakit mata. nak makan dengan telur pun boleh. telur tu masak, campur madu pastu makan gitu je dan banyak lagilah khasiatnya.

maka, tulah dia sedikit sebanyak info pasal madu. menjawab la persoalan yg muncul di benak ni haa. tapikan, Ustaz Azhar Idrus cakap,

Cara mudah nak kenal pasti 'MADU ASLI' ialah bila ia dibawa balik, isteri kita marah.

hee gurau saja. btw, entri lepas ada tulis pasal Fat Flush Water, bubuh madu jugak dalam tu. boleh la try !
ok, sekianggg ;)
Credit sumber :

Saturday, October 12, 2013

Jom kurus secara sihat - bersenam dan ambil minuman pembuangan lemak!

catatan 秋 ツ Jam 11:07 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum wbt.

Hai hello ni hao sawadikaab! waaa dah lame tinggal kan belog ni, rase cam mengigau je tetibe update. tapi bertujuan sebenarnya. DOUGHN4D, ayuh berblog demi Food Anthropology. yeayy~! ;)

Al-kisah, rase terpanggil pulak nak share sesuatu kat sini. Minuman pembuangan lemak atau Fat flush water ni bukanlah benda baru pun. malah mungkin dah ramai antara kita yang menjadikan minuman ni sebagai amalkan diet seharian. tapi takpe. sebab ilolls baru je terbace satu artikel daripada surat khabar itu hari. jadi marilah sesame berkongsi ilmu. hee

sumber : google 

Secara ringkasnya, minuman ni glemer selepas Kim Lyons (pelatih selebriti) memperkenalkan minuman ni dalam program The Biggest Looser. jadi ramai la ghetis Hollywood amalkan minuman ni dalam usaha untuk menurunkan berat badan dorang.

Teruja nak try? lek luu. kena tahu khasiat yg terkandung dalam minuman ni dulu. sabo sabor. hehe. antara kebaikan minuman pembuangan lemak ni adalah :-

  • Buah oren, limau nipis, lemon dan limau gedang - kaya dengan Vitamin C - mengubah lemak kepada tenaga
  • Timun - membuatkan kita rasa kenyang dan boleh mengurangkan pengambilan makanan. 
  • Daun pudina - membantu melancarkan penghadaman
  • Limau gedang - mengandungi antioksidan flavonoid yg meningkatkan lagi sensitiviti insulin

Menurut Mohamed Azlan Zain Mohamed (pelatih kecergasan TRX dan kettlebell), minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun secara toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh. 

Jadi macamane amalan minuman ni boleh turunkan berat badan? haa kate Azlan lagi, 
“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan - khususnya pada bahagian hati - tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan". 
Bahan-bahannya :
1 Limau gedang (potong nipis)
1 Limau nipis (potong nipis)
1 Lemon (potong nipis)
1 Oren (potong nipis)
1 Timun (potong nipis)
1/2 sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yg terlalu masam)
Ais
Air kosong
Botol minuman bersaiz sederhana

1) SEDIAKAN bahan.

2) HIRIS nipis semua buah-buahan. susunkan ke dalam botol. 

3) CAMPURKAN setengah sudu kecil madu. 

4) PENUHKAN bahagian atas botol dengan ais. 

5) TAMBAHKAN air kosong dan isikan botol hingga hampir penuh. 

6) SIMPAN seketika dalam peti sejuk antara satu hingga dua jam. sedia dinikmati. 

iolls dah try dah. sedapp~!! anda mesti cuba. walaubagaimanapun, senaman secara konsisten adalah cara yang paling baik untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak disamping pemakanan dan diet yang seimbang. ingat tu! 

sekiangg ;)

Credit gambar dan artikel daripada : Harian Metro - 30/09/2013

Tuesday, April 23, 2013

HS227 - Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik (Kepujian) & Nutrition and Dietetics Students' Association (NADA)

catatan 秋 ツ Jam 1:26 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. berupdate juga blog ni setelah sekian lama. hehe. baiklah, kali ni nak berkongsi dengan anda semua mengenai kos HS227 - Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik (Kepujian) di UiTM Kampus Puncak Alam. bagi mereka yang belum, mahu, ingin atau sudah mengenali namun masih mahu berkenalan rapat dengan kos ini, anda telah berada di saluran yang betul. yeay! :D

kos Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik (Kepujian) ini berlangsung selama 4 tahun bersamaan 8 semester. Nutrition and Dietetics Students' Association (NADA) merupakan Persatuan pelajar Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik di sini. 
Nutrition And Dietetics Student's Association (NADA) is one of the society in Faculty of Health Science, UiTM Puncak Alam. It is established on 2008, and also known as the youngest society in the faculty. This students' association done many activities that give benefits to the members, other society, locals community and looking forward to penetrate international communities.


masih blur? tak mengapa. tarik nafas panjangpanjang dan teruskan scroll kerana di bawah tertera link2 yang boleh membantu adik-adik  lepasan SPM / STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kos Dietetik ni. ^^,
The Bachelor of Nutrition & Dietetics (Hons) program aims to produce graduates who:
  1. Synthesize and apply principles of nutrition and dietetics to provide quality nutrition and dietetic services to the related organizations in the public and private sectors, locally and globally. 
  2. Lead and engage in teams in problem solving tasks across disciplines through effective communication.
  3. Continue to advance their knowledge and abilities through research and ICT.
  4. Practice professional and ethical values in providing nutrition and dietetic services to individuals and community.
  5. Can explore business opportunities and lead in health and food-related industries locally and globally. 
Bachelor of Nutrition & Dietetics (Hons) Program Outcomes
At the end of the program, graduates should be able to:

  1. Acquire and apply knowledge of food, nutrition, clinical and social sciences in nutrition care process.
  2. Apply the theories and methodologies of nutritional status assessment and surveillance at group, community and/or population levels.
  3. Apply principles of evidence-based practices in providing dietetic counselling and therapeutic diets of clients. 
  4. Apply the scientific reasoning in solving nutrition and dietetic problems.
  5. Deliberate scientific ideas and investigation verbally and in written form.
  6. Effectively engage in a multidisciplinary team locally and globally.
  7. Apply values, ethics, morality and professionalism in their scientific pursuit.
  8. Manage information and engage in lifelong learning. 
  9. Demonstrate entrepreneurial and leadership skills.
  10. Apply values, ethics, morality and professionalism in their scientific pursuit.
  11. Manage information and engage in lifelong learning. 
  12. Demonstrate entrepreneurial and leadership skills.
  • info mengenai subjek2 yg anda akan dipelajari bermula daripada semester 1 hingga 8. 
  • info berkaitan dietitian, panduan diet Malaysia dan banyak lagi
  • p/s: jom la LIKE reramai ! ;)

  • Info pemakanan, 
  • Tips pemilihan makanan yang baik
  • Resepi sihat 
  • Laporan aktiviti yang telah di anjurkan NADA
  • Carta skuad dan organisasi persatuan NADA
  • BMI calculator
  • Diet Talk (e-counselling)






Last but not least, DOUGHN4D (batch 4th) - ni la batch kiter. yeay! :D

No. of members : 48
Member since : 2011
Batch name : DOUGHN4D (Deputy Of UiTM Generation in Health, Nutrition And Dietetics)


Baiklah. semoga maklumat yang dipaparkan disini sedikit sebanyak membantu adik-adik yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam kos HS227 - Sarjana Muda Pemakanan dan Dietetik (Kepujian) di UiTM Kampus Puncak Alam. pihak kami dengan berbesar hati mengalu-alukan keahlian anda. ayuhlah bersama kami memartabatkan pemakanan rakyat Malaysia. eh? hehee 

Sekian, mohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Wassalam :)

Sunday, March 17, 2013

Waktu makan yang sesuai (Bhg. 2)

catatan 秋 ツ Jam 5:16 PM
Bismillah. 
Assalamualaikum. 

berikut adalah kesinambungan bagi entri yang lalu. err kesinambungan lah sangat kann padahal entri dulu tu bertarikh 21 Januari 2012 kot! -_-"

oh tak mengapa. bagi mereka yang tercari-cari waktu makan yang sesuai mengikut jam, anda berada di laman yang sepatutnya. yeay! :D

Sarapan : 6 pagi - 10.59 pagi
Makan tengahari : 11 pagi - 2.59 petang
Minum petang : 3 - 5.59 petang
Makan malam : 6 petang - 9.59 malam
Makan lewat malam : 10 - 11.59 malam

walaupun entri ni sangat ringkas, harap anda dapat sedikit input daripada pembacaan disini. adalah penting untuk kita semua ambil tahu waktu yang terbaik untuk mengisi perut. seperti dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: 

"Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat"

Jadi, makanlah sekadarnya sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu 'makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.'

Wallahualam :) 

Saturday, July 7, 2012

Kesilapan dalam DIET

catatan 秋 ツ Jam 11:00 PM
1.Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.



2. Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda


3.Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.


4.Elak nasi. Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.


5.Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.


6.Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.


7.Elak makanan tempatan. Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.


8.Terlalu fokus kepada satu perkara. Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.


9.Diet jangka masa pendek. Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.


kredit to: Kevin Zahri & sumber
p/s : 'saya' merujuk kepada author asal. bukan penulis :)

Saturday, January 21, 2012

Waktu makan yang sesuai (Bhg. 1)

catatan 秋 ツ Jam 10:51 AM
Assalamualaikum ...

makanan makan makanan. best kan? ishh gila tak best! kat Malaysia ni macam2 menu ada. roti canai ada, mee goreng ada, teh tarik ada, telur mata ada. mau oder apa? pinjam skrip Uncle Muthu dalam cite Upin Ipin jap. hee.

tapi jangan la sampai berlebihan dan melampau2 makan sampai buat2 tak kenal kawan sebelah bila nafsu makan dah naik minyak. jangan macam tu okey. =p

A : weh, sarapan dak pagi tadi? pelahap kencang je?
B: standard bro. bangun lambat. tak sempat ah nak sarapan2 bagai. brunch dah la. jimat!

perkara tu biasa la kan. tak makan pagi, alaaa ape nak kecoh2. ramai je tak buat. tapi, cukuplah termasuk dalam golongan tu. sayang diri? meh cuba buat praktis amalkan waktu makan yang betul dan sesuai.


Sarapan pagi - sekitar 8 pagi
  • Anda harus makan dalam masa 30 minit hingga 1 jam selepas bangun dari tidur. pentingnya sarapan ialah untuk menambahkan kembali paras gula dalam darah selepas 6-8 jam tidur. apabila anda mengambil sarapan, ia akan membantu menyimpan gula dalam darah seimbang sekaligus memberi anda lebih banyak ketahan tenaga. 
  • Pilihlah makanan yang tinggi dengan complex carbohydrates seperti oat, kacang, bijirin gandum buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makan tengahari - sekitar 12 tengahari
  • Tempoh 3-4 jam selepas sarapan pagi. Penting sebab waktu tu merupakan waktu paling kita sibuk dan memerlukan banyak tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
  • Makan makanan yang seimbang dengan protein, complex carbohydrates, lemak baik (lemak yang tidak di proses dan bebas daripada bahan kimia sintetik) dan serat. 

Snek lewat petang - sekita r3 petang
  • Contoh makanan yang baik ialah seperti salad buah-buahan, kacang, yogurt buah-buahan dan sup sayur-sayuran. 

Makan malam - sekitar 6 petang
  • Harus di makan dalam tempoh 3-4 jam selepas makanan ringan pada waktu petang. 
  • Makan malam perlu seimbang dengan protein, complex carbohydrates dan lemak yang baik. 
  • Contoh makanan : roti gandum, kacang dan pasta. untuk daging, dada ayam (tanpa kulit) dan juga buah-buahan dan sayur-sayuran.

Snek lewat malam - sekitar 9 malam atau 1 jam sebelum tidur
  • Pilih makanan yang rendah kalori tapi tinggi dengan nutrient.
  • Contoh : Buah-buahan segar, sayur sayuran dan yogurt rendah lemak 
  • Elakkan kopi dan minuman tenaga sebaliknya minum segelas air yang di tapis atau jus organik. 

*panduan di atas bersesuaian untuk mereka yang mempunyai berat badan yang normal. faktor seperti umur, tinggi, berat, pekerjaan dan gaya hidup akan menentukan tabiat makan yang berbeza, begitu juga bagi mereka yang menghidap penyakit.



cara kita menghargai dan menyayangi diri kita, bukan dengan mencantikkan peribadi luaran semata-mata tetapi kesihatan adalah kunci segalanya. untuk bekerja, melakukan ibadat kepada Allah, perlulah dengan kesihatan diri yang baik. 

macamana nak sihat? segala-galanya bermula dari makanan. penyakit pun kebanyakannya senang merebak melalui makanan. kalau tak sihat, aktiviti harian pasti terganggu. ye dak? jadi, pilihlah makanan yang baik, sesuai dengan diri. ok semua?  ^^


Credit :  Sumber


Bersambung di Bahagian 2 ...
 

belog || Aki Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea