Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

Jom kurus secara sihat - bersenam dan ambil minuman pembuangan lemak!

catatan 秋 ツ Jam 11:07 PM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum wbt.

Hai hello ni hao sawadikaab! waaa dah lame tinggal kan belog ni, rase cam mengigau je tetibe update. tapi bertujuan sebenarnya. DOUGHN4D, ayuh berblog demi Food Anthropology. yeayy~! ;)

Al-kisah, rase terpanggil pulak nak share sesuatu kat sini. Minuman pembuangan lemak atau Fat flush water ni bukanlah benda baru pun. malah mungkin dah ramai antara kita yang menjadikan minuman ni sebagai amalkan diet seharian. tapi takpe. sebab ilolls baru je terbace satu artikel daripada surat khabar itu hari. jadi marilah sesame berkongsi ilmu. hee

sumber : google 

Secara ringkasnya, minuman ni glemer selepas Kim Lyons (pelatih selebriti) memperkenalkan minuman ni dalam program The Biggest Looser. jadi ramai la ghetis Hollywood amalkan minuman ni dalam usaha untuk menurunkan berat badan dorang.

Teruja nak try? lek luu. kena tahu khasiat yg terkandung dalam minuman ni dulu. sabo sabor. hehe. antara kebaikan minuman pembuangan lemak ni adalah :-

  • Buah oren, limau nipis, lemon dan limau gedang - kaya dengan Vitamin C - mengubah lemak kepada tenaga
  • Timun - membuatkan kita rasa kenyang dan boleh mengurangkan pengambilan makanan. 
  • Daun pudina - membantu melancarkan penghadaman
  • Limau gedang - mengandungi antioksidan flavonoid yg meningkatkan lagi sensitiviti insulin

Menurut Mohamed Azlan Zain Mohamed (pelatih kecergasan TRX dan kettlebell), minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun secara toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh. 

Jadi macamane amalan minuman ni boleh turunkan berat badan? haa kate Azlan lagi, 
“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan - khususnya pada bahagian hati - tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan". 
Bahan-bahannya :
1 Limau gedang (potong nipis)
1 Limau nipis (potong nipis)
1 Lemon (potong nipis)
1 Oren (potong nipis)
1 Timun (potong nipis)
1/2 sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yg terlalu masam)
Ais
Air kosong
Botol minuman bersaiz sederhana

1) SEDIAKAN bahan.

2) HIRIS nipis semua buah-buahan. susunkan ke dalam botol. 

3) CAMPURKAN setengah sudu kecil madu. 

4) PENUHKAN bahagian atas botol dengan ais. 

5) TAMBAHKAN air kosong dan isikan botol hingga hampir penuh. 

6) SIMPAN seketika dalam peti sejuk antara satu hingga dua jam. sedia dinikmati. 

iolls dah try dah. sedapp~!! anda mesti cuba. walaubagaimanapun, senaman secara konsisten adalah cara yang paling baik untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak disamping pemakanan dan diet yang seimbang. ingat tu! 

sekiangg ;)

Credit gambar dan artikel daripada : Harian Metro - 30/09/2013

Friday, August 10, 2012

Malam Rahsia - LAILATULQADAR

catatan 秋 ツ Jam 1:44 PM

LAILATULQADAR adalah malam yang penuh dengan rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi.

Rasulullah s.a.w sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Tanda-tanda malam lailatulqadar :

Imam Hasan al-Basri, berkata antara tanda malam lailatulqadar ialah suasana malamnya tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin. 

Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup.

Kejadian pada malam lailatulqadar :

Dalam Sahih Muslim dinyatakan pada malam lailatulqadar, 70,000 malaikat akan turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. 

Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung. 

Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi terasa dingin dan tenang.

Tindakan :

Bagi yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan teruskan berdoa sepanjang hari. 

Jangan dilupa, ibadah di bulan Ramadan ini bukan hanya untuk kita lakukan berseorangan. Ajak sekali ahli keluarga dan menunaikan solat sunat tarawih, membaca al-Quran, beristighfar dan berzikir.


Aisyah bertanya kepada Rasulullah : “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: “Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbu al-afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku).” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah). 

* Sekadar ringkasan dari Artikel Malam penuh rahsia - myMetro 10/08/2012

Thursday, May 12, 2011

STOP drinking Coke & Pepsi please!

catatan 秋 ツ Jam 12:10 AM
Assalamualaikum wbt ...

hai pembaca dorayaki. anda Islam? suke minum coke & pepsi? pernah dengar isu tentang keburukan Coca-cola dan pepsi? kalau belum, bace ni :


| sila klik di atas gambar untuk tumbesaran yang lebih baik |


antara petikan daripada artikel di atas :

Bahan yang terkandung dalam Coca-cola dan Pepsi di laporkan boleh menyebabkan risiko menghidap kanser  ... mengakibatkan masalah paru2, hati, kelenjar tiroid, leukimia ...mengandungi campuran dalam badan haiwan ...

sumber :



| sila klik di atas gambar untuk tumbesaran yang lebih baik |


kalau malas nak pakai sopek mate / zoom, boleh tengok Resepi Coca-cola di sini. cukup berani, kilang Coca-cola akan beroperasi mulai september tahun ini. antara petikan dari Berita Harian Online ;

Apabila siap nanti, kilang itu mampu menyediakan antara 600 hingga 800 peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia, selain 8,000 lagi kepada pembekal tempatan ...

sumber :


patutkah kite sokong? fikir2 kan lah. setiap apa yang kite makan / minum akan menjadi darah daging kite. bagi aki, enough is enough. so, i'll STOP. (mujurlah aki jenis yang tak suke sangat minuman berkarbonat ni).

 renung2kan dan selamat beramal!


[ Sekadar berkongsi ]

 

belog || Aki Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea