Monday, January 24, 2011

10 amalan yang terbalik

catatan 秋 ツ Jam 7:46 AM
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. 


Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.


-->Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. 


Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.


Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. 


Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. 


Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -




Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."


(Riwayat Bukhari)

Saturday, January 15, 2011

Harimau, tali, buaya, tikus dan madu

catatan 秋 ツ Jam 12:45 PM
Luangkan beberapa minit dari masa anda untuk membaca cerita ini. terima kasih! ;)


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.  Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi  harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.

Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.



Kalau semua nak tahu ,

  • si Hamba Allah itu adalah kita semua.
  • Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
  • 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
  • Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
  • Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu.
  • Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah...


*maaf, cerita yg tiada gambar. tapi harap anda mendapat sesuatu setelah membaca. tq ;)

Saturday, January 8, 2011

Rahsia keindahan ainun [mitos Vs fakta]

catatan 秋 ツ Jam 3:34 PM
Assalamualaikum wbt ...

kita seringkali menjaga kesihatan tubuh badan malah ada mereka yang secara tidak sengaja mahupun sengaja mengabaikan kesihatan mata. walaupun kita tahu mata merupakan anugerah Allah yang tiada galang gantinya. sekiranya hilang satu nikmat ini maka kehidupan kita juga mungkin kurang sempurna. perkara yang kita selalu buat dengan menggunakan mata contohnya berblogging / berblog-walking (related dengan dunia maya ni la) akan tergugat. betol tak? (ter-skima pulok ayat kali nim. hik3) so ayuh kita perhatikan sedikit mitos Vs fakta yang berkaitan dengan mata. 



mitos 1: mkn lobak merah perbaiki penglihatan
fakta: xde kajian yg buktikan pglihatan menigkat bila mkn byk lobak merah. mmg carrot kaya dgn vitA,iaitu zat yg diperlukan mata,so kekurangan carrot bleh menyebabkan kshtan mata menurun. bgaimanapun,xperlu mkn suplemen vitA sbb badan x perlukannya terlalu byk

mitos 2: skrin komp bahayakan mata
fakta: keletihan mata bkn hanya disebabkan terlalu byk mghadap skrin komp, tp berkait rapat cara penggunaannya. ada org jrg kerdipkan mata swktu membaca atau mghadap skrin komp,oleh itu mata cpt kering yg membawa kpd kelesuan mata. oleh itu,mulai skrg rjin2lah kerdipkan mata smsa membaca@mghadap skrin komp.

mitos 3: membaca dgn chya suram rosakkan mata
fakta: TIDAK! ia hnya akn buat mata letih. ada baiknya jika anda tidak terus buat mata cpt lrtih.membaca bawah chya terang akn kurangkan tekanan pd mata disamping mudahkan pembacaan anda. jadi,mata tidak mudah letih.

mitos 4: guna cermin@lensa mata membawa kpda kebergantungan
fakta: pakai glasses@lense xakan sebabkan kebergantungan ataupun kemampuan mata menurun. ada faktor lain yg sebabkan kemampuan mata menurun spt fktor genetik,penuaan,kecederaan atau penyakit.

mitos 5: tonton tv terlalu dekat rosakkan mata
fakta: hal ni sama mcm mghadap skrin komp. sbnarnya,tiada bukti ilmiah berkait kerosakan mata dan menonton tv terlalu dkt. sekiranya anda rasa kurang jelas tonton tv dr jarak jauh,cpt2 lah buat pemeriksaan dgn yg arif.

mitos 6: pinjam glasses org lain boleh rosakkan mata
fakta: pakai glasses org lain yg x sesuai dgn keperluan anda tidak membahayakan mata pn. namun, dikenalpasti pemakaian glasses dgn ukuran bersesuaian dgn keperluan mata pastinya memberikan penglihatan yg optimum

# jaga dan peliharalah mata anda sebaik mungkin kerana ia merupakan anugerah terindah dr RABBUL IZZATI....

Pesanan Cik Aki : betulkan yang biasa, biasakan yang betul. (errr related ke ek? hee)

Wallahualam ...

sumber : di tag oleh Afni di fb. 

Monday, January 3, 2011

Ini Mak Kata Lak...

catatan 秋 ツ Jam 8:09 AM
Assalamualaikum wbt..

kalau entry sebelumni pasal Atok kate, kali ni Mak kate lak. jom bace!

- - - - -
Kata orang.. masa muda hanya sekali , jangan di persiakan.. masa untuk enjoy , masa untuk mengetahui dan mencuba semua benda agar bila tua nanti tak menyesal...

Mak pula kata , masa muda masa untuk beramal dengan ilmu , beribadat , masa tenaga masih kuat , masa kudrat masih larat. Masa cari ilmu bina ketakwaan jaga keimanan...dan mak pesan jangan buat jahat sebab putik yang masih muda pun boleh gugur maka bersiap sedia mengingati mati...

Aku pula kata...ehmmm betul juga kata mak.

- - - - -
Kata orang... ilmu tu penting untuk orang pandang tinggi pada kita , untuk hidup senang , untuk beli apa yang di idamkan , beli rumah besar , kereta mewah...barulah orang pandang tinggi bolehlah kita megah atas apa yang kita miliki...

Tapi mak kata... "ilmu tu pembuka segala amal", makin berilmu makin tunduk pada kekuasaan Allah, makin mengakui dan mengkagumi keEsaan Tuhan. Dengan ilmu juga kita berusaha untuk perbaiki diri.... dan mak selalu pesan ilmu kena diamalkan sebabnya Allah benci pada orang yang berilmu tapi tak mengamalkanya.

Aku pula kata... "betul juga kata mak nie.... eh bukan betul jer tapi memang betul."

- - - - -
Orang kata... kita kena pandai cari dan ambil peluang , kesempatan yang ada jangan dilepaskan , kena cepat.. nanti ketinggalah, jangan fikirkan orang lain yang penting diri kita kena di utamakan...


Tapi mak kata... jangan bina kejayaan atas keruntuhan orang lain, jangan jatuhkan orang , rezeki di tangan tuhan ,kalau ada dapat kalau di takdirkan tak ada , usaha macam mana pun tak akan dapat. Mak pesan lagi jangan makan kawan kalau lapar sangat makan makanan yang halal.... lagi satu mak pesan usaha tu penting asas kejayaan ..


Aku pula kata ya.. mengiakan kata emak sambil mengangguk-anggukan kepalaku.

- - - - -
Kata orang... kalau nak cari jodoh tu , carilah yang cantik sedap mata memandang, nanti tak lah jemu Pendidikan pun kena tinggi kalau tak , nak makan apa? ...pasir...biar dapat kereta sebiji sebagai mas kahwin tak pun insuran....(macam iklan kat era tu...pasal insuran)


Mak pula kata... jodoh pertemuan di tangan Tuhan , kalau nak cari , carilah yang beriman dan beramal dengan apa yang dia pelajari. Jangan pandang paras rupa sebabnya kecantikan akan hilang tak kekal lama, budi pekerti dan agama yang penting... kahwin bukan untuk sehari dua tapi untuk seumur hidup ... maka jangan tersalah buat pilihan lalu mak pun menyanyikan lagu..

"kepada mu tuhan , kusandar harapan, moga tak tersalah pilihan, seandai dirinya ,tercipta untukku rela ku menjadi miliknya"


Aku pulak terkejut gila... fuyoo mak pandai nyanyi lagu ...tapi macam pernah dengar jer lagu nie. Mak kata... alah lagu yang selalu dapat no 1 dalam carta era tu tapi jatuh no 15 minggu nie. Yang dapat no 5 dalam carta nasyid radio IKIM tu... terang mak bila lihat aku tercengang lihat mak.
Aku pulak kata... betul juga kata mak pasal jodoh tu dalam hati kagum dengan mak , mak modenlah katakan brutal in iman lagi. hehe...

- - - - -
Kata orang.. "harimau mati tinggalkan belang ,manusia mati tinggalkan nama"


Mak pula kata... manusia tak ada belang maka bila mati tak boleh tinggalkan belang macam Pak Belang tu.... mak kata lagi "hidup biar berjasa" biar orang tak kenal dan tak sanjung kita tapi pastikan dapat tempat di sisi Allah yang Esa. Mak kata lagi kalau buat sesuatu jangan nakkan balasan , jangan buat kerana nama , pangkat , atau darjat tapi biarlah ikhlas kerana Allah. Mak kata lagi kalau itu yang kita kejarkan.. pangkat , nama , darjat , sanjungan kita akan dapat tapi di akhirat tiada yang menanti. Lalu mak membacakan pesanan daripada Saidina Al-Khatab:

"Jika kamu ingin mengikut petunjuk dari para iman, Maka kuatkan dirimu untuk menerima mushibah dgn hati yg lembut di waktu menghadapi kepahitan dan hati yg sabar terbentang di dada. Lisanmu perlu di kunci , matamu perlu dikendali. Rahsiamu di sembunyikan dan hanya dilihat oleh Allah sahaja. Namamu jangan terkenal , pintumu di tutup , mulutmu tersenyum, Perutmu lapar , hatimu luka, pangkatmu di pendam dan keaibanmu tersohor. Dan tiap-tiap hari menelan perasaan pahit dari pengaruh zaman dan teman, Sedangkan hatimu menurut, Siangmu sibuk mengislahkan (mendamaikan) orang tanpa membangkit bangkitkan, Ambillah kesempatan pada malam itu , jadikan ia persiapan untuk hari kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan."


Aku pula kata... terima kasih mak betul apa yang mak cakap tu... aku tersenyum riang. Terima kasih ibu , ratu hatiku , insan yang paling aku kasihi dalam dunia nie terima kasih atas nasihat mu.

~ Ilmu Itu Pembuka Segala Amal... ~ 
Wallahu'alam... 
 

belog || Aki Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea